~masihkah kau ingat
kita berlari-lari
di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun,
kita basah bersama~
kopratasa – masihkah kau ingat
" Min, temankan Erry cari kayu api, boleh?" Wajah mengharap Khairi Azlan pada Mellisa.
kita berlari-lari
di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun,
kita basah bersama~
kopratasa – masihkah kau ingat
" Min, temankan Erry cari kayu api, boleh?" Wajah mengharap Khairi Azlan pada Mellisa.
Takkan Mellisa nak melepaskan peluang ini. Peluang berdua-duaan dengan kekasih hati. Begitulah adat bercinta, panggilan nama pun lain daripada yang lain. Perkhemahan tingkatan lima kali ini di buat di Sekayu, kawasan air terjun yang terkenal di Terengganu. Keadaan di dalam hutan yang suram itu tidak sedikit pun membosankan dua remaja itu. Masing – masing sibuk berceloteh tentang itu ini. Mellisa tidak risau pabila bersama Azlan, kerana dia tahu Azlan memang seorang yang baik budi pekerti. Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah sekalipun Azlan memegang tangannya.
Pernah dulu, semasa di awal perhubungan mereka, Mellisa pernah memegang tangan Azlan semasa mereka menyusuri pantai,namun dengan hati–hati Azlan melurutkan jari mereka daripada bertaut sambil berkata perlahan.. " Min, sesuatu perhubungan bukan berasaskan sentuhan semata.. Erry tak nak rasa dulu, sebelum Min jadi milik Erry yang sah"
Mellisa tersenyum, sedikitpun dia tidak berkecil hati, malah rasa hormat dan kasih terhadap Azlan makin berkembang mekar di seluruh pelusuk hati. Jika nak diikutkan, mereka baru sahaja berada di Tingakatan Dua pada ketika itu, namun begitulah matangnya fikiran Azlan.
Dan, sehingga kini, Azlan masih berpegang teguh pada kata-katanya itu. Mungkin kini, Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan iman antara sepasang kekasih. Dalam perjalanan pulang ke kawasan perkhemahan, hujan renyai sejak tadi bertukar semakin lebat. Mellisa dan Azlan masing-masing kesejukan, kebasahan akibat timpaan air hujan.
Dan, sehingga kini, Azlan masih berpegang teguh pada kata-katanya itu. Mungkin kini, Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan iman antara sepasang kekasih. Dalam perjalanan pulang ke kawasan perkhemahan, hujan renyai sejak tadi bertukar semakin lebat. Mellisa dan Azlan masing-masing kesejukan, kebasahan akibat timpaan air hujan.
Denai semakin licin. Azlan ingin cepat sampai, dia gentar. Mellisa juga begitu. Mereka sedar, apabila berduaan begini, akan ada yang ketiga. Azlan masih ingat akan dosa pahala lagi. Untuk memandang Mellisa pun, Azlan sudah tidak sanggup. Tubuh itu basah kuyup, menampakkan susuk tubuh yang menggiurkan. Mereka berjalan laju, sambil menahan keinginan nafsu. Mellisa pula dulunya seorang gadis liar, sejak berkenalan dengan Azlan, barulah dia mula mendekatkan diri pada Tuhan Yang Esa. Kini, dia berperang hebat dengan dirinya sendiri,
" Ya Allah, bantulah hambamu ini" doa Azlan di dalam hati..
" Oops, aduh! Erry, tolong Min!" Mellisa terjelepok jatuh. Kakinya berdarah, terkena duri.
" Ya Allah,kenapa boleh jadi macam ni?" Azlan tunduk ingin melihat luka Mellisa. Dikoyakkan sedikit lengan bajunya untuk di lilitkan di pergelangan kaki Mellisa yang luka itu.
"Camner? Dah ok sket?" Azlan mendongak. Memandang wajah Mellisa. Mata memandang mata, lalu mata merayap ke bibir yang kebasahan, hati bergetar hebat, masing–masing bagai mengerti sendiri..
Mellisa memejamkan matanya rapat-rapat, dia rela... tapi, akhirnya dia tersentak. Azlan bangun. Masing-masing berdiam diri. Berfikir tentang apa yang mungkin terjadi tadi. Lama keadaan sepi begitu.
" Sakit lagi? Biar Erry papah Min, k."
Mellisa hanya mengangguk. Dia malu pada Azlan.
Malam akhir perkhemahan, diadakan majlis barbeque untuk semua peserta. Azlan mendekati Mellisa. Mereka duduk di atas batu, menghadap air terjun.
" Boleh Erry duduk?
" Memang tempat ni untuk Erry"
" Pasal ari tu..."
" Erm, Erry, tak yah kita ungkit lagi pasal tu, k. Min malu sangat kat Erry. Lagipun, masing-masing bersalah, kan?" Azlan tersenyum melihat Mellisa yang mula kemerah-merahan wajahnya.
"Cantikkan bintang malam ni? Kalau kat bandar, mesti tak boleh nak lihat bintang yang banyak bertaburan di atas sana" Azlan mula mengalih topik, Mellisa selesa kembali. Keadaan mula kembali seperti biasa. Malam itu umpama milik mereka.. Makin bertambah rasa sayang di hati kedua mereka.
Malang bagi Mellisa, semasa peperiksaan SPM, dia diserang demam panas. Tiga subjek terakhir tak dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Akibatnya, keputusan SPM tidak dapat melayakkan dia untuk menggapai ijazah dalam bidang juruhias dalaman. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengambil STPM supaya menjadi calon terbaik.
Berlainan pula dengan Azlan, dia adalah antara salah seorang pelajar cemerlang. Dia juga dapat melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di bawah tajaan Petronas, namun dia memilih untuk berada lebih dekat dengan Mellisa. Dia berjaya membuat foundation di USM dalam bidang bioteknologi. Percintaan mereka berjalan lancar pada mulanya. Bunga-bunga cinta terus menghiasi antara dua hati.
Mellisa terlalu kepingin berjumpa Azlan. Hampir tiga bulan mereka tidak bertemu, dia harus memberi sepenuh perhatian pada STPM. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, dia telah memohon ijazah juruhias dalaman di USM. Mellisa juga bertekad untuk memberi kejutan kepada Azlan. Dia menaiki bas seorang diri ke Pulau Pinang. Mak dan ayah tidak membantah, dia sudah biasa dengan semua itu. Sesampai di sana, terus Mellisa menghubungi Azlan.
Mellisa terlalu kepingin berjumpa Azlan. Hampir tiga bulan mereka tidak bertemu, dia harus memberi sepenuh perhatian pada STPM. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, dia telah memohon ijazah juruhias dalaman di USM. Mellisa juga bertekad untuk memberi kejutan kepada Azlan. Dia menaiki bas seorang diri ke Pulau Pinang. Mak dan ayah tidak membantah, dia sudah biasa dengan semua itu. Sesampai di sana, terus Mellisa menghubungi Azlan.
" Papa, mama ada kat Penang ni" Girang suara Mellisa mengkhabarkan pada Azlan.
" Eh, ye ke? Nape Ma tak bagitau awal-awal nak datang sini? Pa tengah final exam skang ni. Ma tinggal kat mana? Baper ari kat sini?" Azlan bertanya sekadar berbasa basi.
" Pa tak suka Ma datang sini,ye? Tak per lah kalau macam tu. Ma tinggal dengan kawan Ma. Tak tahu lagi tinggal braper ari, ayah bagi lampu hijau je"
" Bukan camtuh, tapi.."
"Yer, Ma paham,.. Pa study lah, Ma takkan kacau. Kalau dah abis exam, call Ma yer" Mellisa faham benar perangai Azlan yang tidak boleh di kacau semasa berada dalam minggu peperiksaaan. Dia sedikit terkilan, tapi cuba memujuk dirinya sendiri.
" Ok, Mama jaga diri, k. Pa abes exam dalam tiga hari lagi. Pastu, Papa bawak Ma jalan-jalan ye, sayang?" Azlan tahu buah hatinya terguris, tapi itu sahaja yang dia termampu.
" Ok my beloved hubby, wat exam elok-elok. Do your best!"
Mellisa tidak tahu hendak tuju ke mana. Dia tidak ada kawan baik di sini. Lantas, teringat abang angkatnya yang dikenali sewaktu bercuti ke Sarawak dahulu.
" Sham! Harap-harapnya, dia ada kat sekitar sini. Leh enjoy kejap. hehehe" Lantas Mellisa menghubungi Hisham yang memang berasal dari Pulau Pinang. Tujuannya hanya satu, sebagai teman sementara menunggu Azlan tamat peperiksaan.
Hisham memang seorang yang menyenangkan. Mellisa dipelawa untuk tinggal di rumah keluarganya. Mellisa setuju sahaja memandangkan Mellisa dan Ummi, ibu Hisham sudah saling mengenali antara satu sama lain.
Hisham kini sedang bercuti. Mellisa tidak pernah ambil tahu tentang pekerjaan Hisham. Mellisa tidak tahu umur sebenar lelaki itu. Perawakannya yang menyerlahkan dia seorang yang berkarisma, pasti memikat setiap mata gadis yang memandang. Paling banyak pun perbezaan umur mereka dalam lima hingga tujuh tahun kot. Entah, Mellisa tidak pasti.
Mellisa seronok apabila berjalan beriringan bersama Hisham kerana dia tahu, pasti ramai yang mencemburuinya. Ala, kalau dengan Azlan pun mesti macam tu jugak. Azlan pun boleh tahan handsome jugak. Mellisa memuji kekasih hatinya sendiri.
" Apa tujuan Lisa datang Penang ni? Tiba-tiba je call abang cakap datang ambik kat stesen bas? Lisa lari dari rumah,ek?" Hisham menyuarakan kebimbangannya semasa mereka baru sampai di Pantai Feringghi.
" Apa tujuan Lisa datang Penang ni? Tiba-tiba je call abang cakap datang ambik kat stesen bas? Lisa lari dari rumah,ek?" Hisham menyuarakan kebimbangannya semasa mereka baru sampai di Pantai Feringghi.
" Hish,abang ni. Ada ke cakap macam tu? Kalau Lisa lari dari rumah, takkan Lisa cari abang? Mesti Ummi dah cakap kat mak dan ayah kat kampung. Tak jadik lah plan Lisa kalau macam tu" Mellisa tergelak mendengar telahan Hisham.
" Ye tak ye jugak, ek? Abang teka je. Abes tu, kenapa tiba-tiba je? Abang pelik lagi ni!" Hisham menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
" Lisa datang nak jumpa dengan balak Lisa. Dia study kat USM, tapi Lisa terlupa plak skang ni final exam. Lagi tiga hari dia abes r." Mellisa bersuara sayu, sambil menguis-nguis pasir.
"Abang tak kesah, kan?"
Hisham tersentak. Dalam diam, gadis yang dipujanya sejak perkenalan pertama lagi sudah berpunya rupanya. Dari dulu lagi, dia sudah menyuarakan rasa hati pada Ummi, tapi Ummi suruh dia bersabar dahulu, memandangkan Mellisa masih lagi bersekolah. Ah.. apalah nasib.....
"Abang..."
" Ha? Eh, ape soalan Lisa tadi? Melamun pulak abang. hahha"
" Tak de, Lisa tanya abang tak kisahkan, kena layan Lisa tiga hari ni? Alaa. lagipun sekejap je... lagi dua hari nanti, dia datanglah jemput Lisa." Suara Lisa girang kembali.
" Abang tak kesah, Lisa. Layan Lisa untuk selamanya pun abang sanggup" perlahan suara Hisham, sambil bergerak ke arah laut.
" Abang ni suka melamunlah, mesti ingat kat buah hati. Kesian abang. Lisa rasa bersalah lah pulak."
" Tak delah, abang mana ader awek, tak macam orang tu, dah ade boyfriend... hahahha"
" Ape abang cakap? Abang kutuk Lisa ye? Jaga abang!"
" Klalau Lisa nak sangat pukul abang, kejar lah.. hahahah"
" Abaaannggg!!!! Ha,nak sangat. Ape? Ingat Lisa tak leh lari laju ke? hahahah"
~masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
di tapak tangan ini
ia menjadi layu
lalu kugenggam
ia menjadi debu
masihkah kau ingat
masihkah kau ingat~
>> Khairi Azlan Kamal
Khamis, Mac 24, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang I do, - Part 3 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "