DUBAI, 4 Jan - Sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang beribu pejabat di Denmark akan membekalkan Victoza, sejenis bahan rawatan baru bagi 'diabetes type 2', ke empat negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Emiriah Arab Besatu, Kuwait, Qatar dan Bahrain pada 12 Jan.
Dalam satu kenyataan, Novo Nordisk berkata Victoza adalah untuk digunakan sekali sehari, tidak kira apa jenis makanan dihidangkan.
Syarikat itu berkata ubat itu memberi empat manfaat, ia membantu mengawal dengan berkesan gula dalam darah, mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan menambah baik fungsi sel beta yang menghasilkan insulin.
Pengarah perubatan Novo Nordisk Gulf, Waleed Abdel Fatah berkata 'diabetes type 2' sering wujud bersama kondisi berisiko tinggi lain seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan obesiti, yang menambah risiko kardiovaskular.
Sementara itu, pengurus besar Novo Nordisk Gulf, Henrik Bendix Dahl berkata, di GCC ketika ini terdapat kira-kira tiga juta orang berusia 20 tahun ke atas menghidap diabetes. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

Salam ziarah kenal,
BalasPadamEkstrak herba bantu atasi maslah elak risiko Diabetes
ESULIN ; Diabetes Herbs