2+4 hrs...Twogether Fourever

/

DOA SEBAGAI CARA DIDIK ZURIAT

MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.

Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.

Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.

Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.

Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama.

"Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka.

"Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?


"Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.

Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.

Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.

Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib.

"Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan.

"Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah.

"Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan.

"Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara
," katanya.

Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.

Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka.

"Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.

"Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya
.

"Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya.
Adam MeRAH , Sabtu, Januari 01, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog