2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 6:34 AM

17Jumaat,Disember

WikiLeaks : 16/12/2010

WikiLeaks: Lagi pendedahan

SINGAPURA 15 Dis. – Singapura mempertikaikan kesahihan kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi kenyataan menghina terhadap pemimpin politik Malaysia yang dibuat oleh beberapa pegawai tingginya, selepas Kuala Lumpur menyuarakan bantahan keras berhubung kenyataan itu.

Akhbar Sydney Morning Herald pada Ahad lalu menyiarkan kabel diplomatik AS dalam WikiLeaks yang memetik diplomat Singapura sebagai menggambarkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'seorang oportunis' dan mengecap para pemimpin Malaysia sebagai 'tidak cekap'. – DPA

+

Permaisuri dikait jatuhkan Thaksin

LONDON 15 Dis. – Seorang bekas Perdana Menteri Thailand yang rapat dengan bekas Perdana Menteri yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra, menuduh permaisuri negara ini menjadi dalang dalam rampasan kuasa 2006 yang menyingkirkan Thaksin, menurut pendedahan kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS).

Memo bertarikh Oktober 2008 dari kedutaan AS di Bangkok yang diperolehi oleh akhbar The Guardian dari laman web WikiLeaks menyatakan bahawa Samak Sundaravej menghina Permaisuri Sirikit dengan menuduh dia bertanggungjawab atas rampasan kuasa 2006.

"Samak menyifatkan dirinya setia kepada Raja, tetapi menyatakan bahawa agenda politik Permaisuri berbeza dengan suaminya," mengikut nota rahsia diplomatik itu yang disiarkan di laman web The Guardian. – AFP

+

Pemimpin Myanmar bodoh, bebal: Kuan Yew

SINGAPURA: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew pernah menggelar junta tentera Myanmar sebagai 'bodoh' dan 'bebal' ketika bercakap dengan seorang diplomat Amerika Syarikat.

Dalam dokumen sulit didedahkan WikiLeaks semalam, Kuan Yew berkata, berurusan dengan rejim tentera Myanmar tidak ubah seperti 'bercakap dengan mayat'.

Perbualan itu berlangsung di antara Kuan Yew; Duta AS di Singapura, Patricia L Herbold dan Timbalan Penolong Setiausaha Negara AS, Thomas Christensen, pada 2007.

Kata Kuan Yew, 87, China paling banyak mempengaruhi pemimpin Myanmar berbanding negara lain kerana Beijing bimbang terhadap ancaman pelaburan mereka di sana. - AP

Adam Merah , Jumaat, Disember 17, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog