2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 17 April 2025   
@ 19 Syawal 1446H / 6:00 AM

17Rabu,November

2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji berhimpun di Arafah dekat Mekah, pada hari kemuncak ibadah haji semalam.

PADANG ARAFAH 15 Nov. - Kira-kira 2.5 juta umat Islam berhimpun di sini hari ini pada hari yang merupakan kemuncak haji iaitu wukuf di Arafah.

Puluhan ribu jemaah telah pun bergerak mulai 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia) dari khemah mereka di Mina, kira-kira 10 kilometer ke barat laut Arafah. Ramai antaranya mengerjakan solat subuh di Masjid Namira atau semasa dalam perjalanan.

Kebanyakan jemaah yang lain di bawa ke Arafah dengan bas menjelang tengah hari.

Perhimpunan di Arafah melambangkan kemuncak haji yang bermula semalam, dengan lebih dua juta jemaah bergerak dari kota suci Mekah atau terus dari Mina, sebuah bandar khemah yang hidup hanya semasa tempoh mengerjakan haji.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz semalam berkata, bilangan jemaah dari luar negara mencecah 1.8 juta orang iaitu tertinggi dalam sejarah, manakala kira-kira 200,000 permit dikeluarkan untuk jemaah tempatan termasuk warga Saudi dan negara Arab Teluk.

Namun puluhan ribu jemaah tanpa permit turut membanjiri Mina mulai semalam, dengan memintas sekatan jalan raya yang didirikan oleh pihak berkuasa bagi menguatkuasakan peraturan 'tiada permit, tiada haji'.

Ramai antara jemaah tanpa permit itu sudah pun berada di Arafah malam tadi sebagai persiapan untuk wukuf.

Menjelang terbit matahari, tempat tertinggi di Arafah, Jabal Rahmah dipenuhi sebilangan jemaah berpakaian ihram yang mendaki ke puncak untuk mengambil kedudukan dan menghabiskan masa dengan berdoa dan berzikir.

Selepas Maghrib, jemaah bergerak ke Muzdalifah, separuh perjalanan di antara Arafah dan Mina, untuk bermalam (mabit) dan mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah.

Mereka kembali ke Mina selepas solat subuh esok untuk mula melontar jamrah dan melakukan ibadat korban.

Perjalanan haji tahun ini bebas daripada sebarang insiden tidak diingini sejak jemaah mula berhimpun di Mekah. Masjidil Haram dibanjiri kira-kira 1.7 juta jemaah yang mengerjakan solat Jumaat minggu lepas. - AFP

+

ARAFAH: Kira-kira 2.5 juta umat Islam lengkap berpakaian ihram serba putih berkumpul di Arafah, perhimpunan tahunan terbesar di dunia ketika ibadah haji mencapai kemuncaknya di tempat di mana Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir baginda.

Sambil melaungkan talbiah yang bermaksud "Ya Allah, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu," jemaah mula bergerak sebelum waktu Subuh untuk tiba di padang itu.

Ramai jemaah yang menyelusup melalui lautan manusia untuk sampai di puncak bukit yang dikenali sebagai Jabal Rahmah.

Mereka duduk di tebing bukit sambil membaca ayat al-Quran dan ada juga yang bersolat.

Sesetengahnya pula menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar kawasan sekitar sementara yang lain duduk di atas hamparan tikar yang dibentang di atas batu-batan di situ.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya," kata jemaah warga Syria, Mossaad Mheymeed yang berdiri di atas puncak Jabal Rahma.

"Saya rasa seperti berada pada hari pembalasan. Terima kasih Ya Allah atas rahmat-Mu," kata teman Mossaad, Hussein al-Alawi, 55, juga dari Syria.

Bukit batu granit setinggi 60 meter di kawasan padang yang luas itu dan berkeluasan tidak lebih 200 meter lebar mempunyai tiang setinggi empat meter di puncaknya di mana Rasulullah (SAW) menyampaikan khutbah haji terakhirnya di situ.

Jemaah berebut-rebut untuk menyentuh struktur simen tiang itu dengan sesetengah daripada mereka menangis walaupun ia tidak mempunyai makna dari sudut keagamaan.

Di bawah bukit kelihatan pemandangan serba putih yang menakjubkan terbentuk oleh lautan manusia yang berkumpul di Arafah.

Berpuluh-puluh bas yang terhenti cuba mencari ruang untuk bergerak di jalan raya empat lorong yang turut dipenuhi jemaah yang berjalan kaki.

Di satu sudut Arafah, wanita yang berkerusi roda dan kanak-kanak di dalam kereta tolak terperangkap di tengah-tengah lautan jemaah yang menuju ke pelbagai arah.

Pada waktu tengah hari pula, jemaah memenuhi Masjid Namira dan jalan raya serta khemah berhampiran untuk menunaikan solat menjadikan pemandangan di jalan utama Arafah bagaikan hamparan putih sejauh tiga kilometer.

Ada juga jemaah yang memanjat bumbung pondok komunikasi dan tandas awam kerana tidak menemui ruang kosong di kawasan itu untuk menunaikan solat.

Sebaik solat selesai, kebanyakan jemaah dilihat bertindihan antara satu sama lain ketika mereka bergerak ke arah haluan bertentangan.

Perhimpunan di padang Arafah adalah puncak kepada ibadah haji yang bermula Ahad lalu apabila lebih dua juta jemaah dari Makkah menuju ke Mina, bandar yang dipenuhi khemah dan akan 'hidup' hanya ketika ibadah haji selama lima hari.

Tiada laporan insiden buruk berlaku berikutan kawalan ketat petugas keselamatan.

Selepas terbenam mata hari semalam, jemaah mula keluar menuju ke Muzdalifah yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Arafah dengan Mina dan akan mabit di situ, satu daripada wajib haji.

Di situ juga mereka akan mengutip batu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Mina dan melakukan kerja melontar jamrah peringkat pertama dan melaksanakan penyembelihan korban.

Sepanjang baki tiga hari ibadah haji bermula esok, jemaah akan tyerus bermalam di Mina dan melontar tiga jamrah sebelum kembali ke Makkah untuk mengerjakan tawaf, sekaligus menamatkan ibadah Rukun Islam kelima itu. - Agensi

Cik NiNe Che Kadir , Rabu, November 17, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog