2+4 hrs...Twogether Fourever

/

..:: Mungkinkah - Episod 1 ::..

[...dalam hidup kita ni segalanya mungkin, hadapilah kemungkinan itu dengan tenang...]

MATA bundar itu memandang tenang, setenang tasik dihadapannya. Sesekali mata itu mencuri pandang ke arah hamparan rumput menghijaui bumi. Cuping telinganya selesa menangkap bunyi jeritan dan sorak anak-anak kecil yang sedang bermain dan berlarian tidak jauh dari tempat duduknya. Dia tenang dengan keadaan sedemikian, sebagaimana dengan sifatnya yang gemarkan kanak-kanak. Baginya suasana sebegitu membolehkan dia melupakan seketika tekanan yang dihadapi seharian di pejabat.

Berehat sebentar, menikmati permandangan hijau serta melihat telatah girang kanak-kanak bermain sudah menjadi rutin harian Daniya Farisya. Taman yang terkenal dengan kehijauannya adalah pit stop pilihannya.

Gadis sederhana tinggi yang bertugas sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah syarikat swasta membiarkan tiupan bayu membelai lembut pipinya yang putih kemerahan itu. Dibiarkan rambut halus lurung separas bahu itu meliuk mengikut rentak tiupan bayu.

Tersentak Farisya apabila objek yang sedang diamati berlari dengan stabil jatuh tiba-tiba, betul-betul di hadapannya. Naluri keibuannya terusik apabila melihat anak kecil itu sedang terpinga-pinga. Dia menghampiri anak kecil itu lalu cuba membantunya untuk bangun.

Tangannya mengibas sebilangan anggota bagi membuang butir-butir pasir yang melekat. Lutut kecil yang berdarah dibersihkan dengan berhati-hati. Dilonggarkan skaf biru yang melingkari lehernya untuk membalut luka tersebut bagi menghentikan darah mengalir keluar.

Bibir kecil itu masih lagi menguntum senyum. Tidak seperti kanak-kanak lain yang pasti akan merembeskan air mata. Hairan juga dia melihat ketabahan anak kecil tersebut. Senyuman itu menambahkan lagi seri pada raut wajah putih kemerahan sepertinya. Apatah lagi senyuman itu dipakejkan dengan lesung pipit di pipi.

"Comelnya ada lesung pipit. Siapa nama adik?" pujian itu membuatkan senyuman di bibir semakin melebar.

"Dania Sofea. Auntie pun ada juga" dihulurkan telunjuk bagi menyentuh lesung pipit wanita prihatin di hadapannya.

"auntie ni baikla, siapa nama auntie?"

"Sofie, it's time. Jom balik!" suara garau lantang menggetarkan gegendang telinga tatkala mulut mula bergerak untuk menyatakan namanya.

"Oklah auntie. Kena balik, papa dah panggil. Terima kasih." Tangannya melambai ke arah wanita prihatin. Sakit juga, takpe sikit aje, tapi lagi sakit bila dengar papa membebel, biarlah.

Terhencot-hencot dia mendapatkan papa yang sedang menuju kereta.

 

DERUMAN enjin kereta yang sedang menuju porch megetuk cuping telinga Mak Limah. Balu yang berusia empat puluhan itu bergegas menuju ke pintu lalu membukanya. Dia pasti menyambut kepulangan cucu yang menginjak usia lima tahun itu dengan dakapan.

Kasihan dia melihat anak kecil yang tidak merasai belaian kasih sayang seorang ibu semenjak lahir. Dia senantiasa berdoa agar roh ibu muda meninggal dunia lima tahun lalu. Dan selama lima tahun ituah dia mengurus kehidupan cucu kesayangannya yang agak kasar dan lincah itu.

Muka yang manis dengan senyuman berubah apabila melihat Sofea masuk dengan terhencot-hencot. Wajah kecil itu masih lagi manis dengan senyuman walaupun sedang berjalan dalam kepayahan. Tiada secarik wajah sugul terbentang di depan matanya. Hanya wajah ceria yang dipamerkan oleh Sofea.

"Nape ni Sofie? Apa jadi dengan cucu nenek?" Mak Limah memeriksa sekitar badan Sofea bagi memastikan tiada keceraan lain.

"Jatuh masa lari-lari kat taman sana." Suara garau pemuda tinggi lampai berkulit kuning langsat bergema, belumpun sempat mulut kecil Sofea bergerak untuk menceritakan puncanya.

"Tula, main ganas-ganas lagi macam lelaki. Padan muka!"

"Hish kamu ni Fikri, tak elok cakap macam tu." Mak Limah menjeling ke arah Adam Fikri, lebih senang dengan nama Fikri yang sedang memijak anak tangga pertama.

Jelingan mata Mak Limah dibiarkannya. Lantas dia mendaki tangga sambil melonggarkan tali leher.

"Malam ni saya makan kat luar. Ada dinner."

Dating dengan Tina la tu. Macam takde orang lain nak dibuat bini.

"Nek, kalau papa tak nak makan masakan nenek, Sofie boleh habiskan."

Suara manja itu mengejutkannya dari lamunan. "Iyelah."

Matanya tertancap pada skaf yang membalut lutut Sofie. "Siapa punya ni Sofie?"

"Ada auntie tadi, dia yang tolong Sofie masa jatuh tadi."

"Siapa?"

"Entahlah, belum sempat dia bagitau nama, papa da panggil balik."

 

COMELNYA, tak lokek dengan senyuman. Dah jatuh pun masih lagi tersenyum. Dah la, buat apa fikir pasal anak orang.

"Kak Isya!" Jeritan itu menghapuskan semua wajah comel yang terlayar di fantasi ingatan.

"Apanya? Panggil elok-elok tak boleh ke? Nak menjerit aje kejenya." Bentak Farisya. Asyik terkejut aje, boleh gugur jantung.

"Orang dah panggil elok-elok tadi. Kak Isya yang tak dengar. Oklah, tak nak kacau, Kak Isya tengah busy." Zureen mula merajuk. Gadis hitam manis itu memulakan langkahnya. Berlalu meninggalkan Farisya yang serba salah.

"Reen, dah la tu. Ok, sorry. Ada apa Reen?" Farisya mendapatkan gadis yang hampir sama tinggi dengannya. Memaut lembut bahu pelajar tahun satu jurusan Rekabentuk Grafik dari Politeknik.

"Ingat nak pinjam kereta akak, Reen ngan Rita nak pegi Carrefour, nak angkut almari."

Ala, nak angkut almari pulak. Tapi, kesian juga nengok bebudak ni. Nak bagi ke tak eek. "Jum la, akak pun bosan ni. Kita pergi sesama?"

"Ok, nanti Reen bagitau Rita." Zureen berlari girang menuju bilik Hanarita, rakan sekelasnya.

Kesepian tinggal bersendirian memaksa Farisya menyewakan biliknya kepada siswi Politeknik yang berhampiran. Bukan niatnya mencari duit lebih, sekadar memeriahkan keadaan rumah dua tingkat miliknya yang sentiasa sunyi. Sekurang-kurangnya dia terhibur dengan kehadiran dua siswi happy go lucky dan agak lasak ini.

Farisya sudah mesra dengan keduanya, belumpun sebulan mereka tinggal bersama. Sifat kedua siswi yang boleh menyesuaikan diri membuatkan dia bertambah percaya dengan warga rumah barunya itu. Dia bersyukur kerana tiada masalah yang dihadapi sepanjang mereka tinggal bersama.

Walaupun dia agak terbuka dengan siswi tersebut, adakalanya dia berjaga-jaga. Terutamanya kesemua yang berkaitan dengan hal dan kepunyaan peribadi. Biarlah hal peribadi menjadi rahsia dia seorang. Tak perlu diwar-warkan kepada insan lain.

Tangan mulusnya mencapai kunci meja yang berada di atas meja. Zureen dan Rita sudah sedia menanti dengan mengenakan t shirt lengan panjang, track bottom dan tudung yang sama warna.

Mungkin memang mereka sehati sejiwa sejak dulu lagi. Farisya hanya tersenyum.

"Akak, Rita nak tanya." Rita yang terkenal dengan sifat pendiamnya mula bersuara. Farisya berpaling ke arahnya. Merenung wajah bujur sirih itu seketika.

"Tapi akak jangan marah ya."

"Tanyalah, akak open minded apa." Bersahaja nadanya, tidak menimbulkan perasaan ingin tahu dan tidak juga menentang.

"Kenapa akak tak pakai tudung?"

Farisya mengeluh seketika. Tudung? That means aurat. "Akak ada alasan tersendiri dan akak harap inilah kali terakhir akak dengar soalan macam tu dari korang."

Sunyi sepi keadaan di dalam Perodua Kelisa. Tanpa satu suara yang berani memecahkan keheningannya. "Apapun terima kasih kerana menegur. Insya Allah, satu masa nanti akak akan berubah."

 

"PENDIRIAN I takkan berubah. I tetap tak nak ada yang mengganggu kehidupan bahagia kita" rengus Tina, gadis berambut lurus separas bahu.

"Apa pulak mengganggunya, Sofea tu kan anak I, you pun tau yang I ni duda." Perlahan saja tuturnya itu. Fikri cuba menenangkan keadaan. Semua mata pengunjung Alan Thai Seafood memandang ke arahnya. Pastinya mereka semua seronok melihat pasangan yang sedang bergaduh.

Tina memalingkan mukanya dari mengadap wajah yang bersih tanpa kumis dan janggut itu. "Dia boleh duduk rumah lain. Dan lagi, I tetap tak mau mengandung. Tunggulah sampai masanya."

"How come. Kita kahwin kan nak menambah zuriat."

"Itu syarat I, I tak peduli. I kan model, mana ada model mengandung." Tina menghirup Nescafe ais seketika.

"Lagipun kalau beranak nanti body dah tak cantik."

Fikri mengeluh. Dia tahu tak guna dia bertikam lidah dengan Tina. Dia sudah fasih dengan sifat Tina yang panas baran dan keras kepala. Ada untungnya berdiam bila berhadapan dengan orang seperti itu. Kalau dibangkang makin naik pula barannya.

Perjalanan pulangnya sarat dengan persoalan di minda. Tina tak mahu mengandung bukan masalah besar baginya. Apa yang mengusutkan, Tina tidak boleh menerima kehadiran Sofea di dalam hidup mereka. Sedangkan Sofea masih lagi memerlukan kasih sayang darinya juga dari seorang ibu yang sentiasa didambakan.

Fikirannya tidak tertumpu kepada lalulintas. Mindanya memaksa dia pulang dengan segera. Entah kenapa, tanpa jawapan yang pasti. Lantas dia memulas stereng untuk membelok, tanpa memberikan isyarat. Akibatnya, satu hentaman yang sederhana kuat mengenai sisi kereta. Lantas dia keluar untuk menuding jari ke arah pemandu yang dirasakan tidak bersabar itu.

"Woi, keluar! Tak ada mata ke? Sesuka aje nak langgar kereta orang."

"Alamak Kak Isya, mamat hensem tu garang la." Rasa geram yang bertakhta di hati membuatkan dia dengar tak dengar saja frasa susunan Zureen. Dah la nak belok tak bagi signal, nak marah orang pulak. Sapa yang salah, harap muka aje hensem tapi akal letak lutut.

Farisya membuka pintu lalu keluar.

"Assalammualaikum saudara. Saya rasa saudara yang bersalah sekarang ni. Membelok tanpa memberikan isyarat adalah satu kesalahan. Kenapa pula saya yang kena marah?"

Berani pulak minah cun ni. Tapi betul juga, memang aku yang salah. "Walaikumussalam. Sorry, fikiran saya kusut tadi. Teruk ke kereta saudari? Saya tanggung segala kerugiannya."

Baik pulak mamat ni, gila ke apa. Farisya membelek keadaan bahagian hadapan keretanya. "Tak banyak, Cuma lampu pecah, itu ajelah."

Poket seluar diseluk, not RM100 dihulurkan. Agak tebal juga, dia sendiri tidak pasti berapa nilai wang tersebut. "Ambillah, saudari ganti yang pecah tu yer. Kalau ada lebih kira saya sedekah."

"Terima kasih saudara." Farisya berpaling setelah memasukkan sejumlah wang tersebut ke dalam poketnya.

"Errr." Camne nak susun ayat ni. Dia dah pandang pulak. "Saudari ada nombor telefon?"

Aik, sakit ke apa, tiba-tiba aje mintak nombor telefon ni. "Untuk apa saya berikan kepada saudara? Untuk menambahkan koleksi teman wanita saudara?"

"Takdelah, manala tau kot-kot duit tu kurang ke, boleh kita berinteraksi dengan lebih selesa."

"Sorry! Saya tak makan taktik buaya. Saya boleh bagi email saja. dfarisya@shara.com.my. Kalau rajin emailla."

"Ok, saya Adam, saudari?"

"Adam? Saya Hawa. Babai."

Lambaian itu disambut mesra oleh Fikri. Dia mengharapkan pertemuan itu bukanlah pertemuan terakhir. Kelembutan dan keayuan yang dimiliki oleh Hawa itu membuatkan dirinya terpaku.

Kalaulah Hawa ni sanggup jadi ibu pada Sofie, pasti dia akan mengambilnya sebagai isteri. Tapi mungkinkah dia menerima Sofie? Terimakah dia bila aku melamarnya? Atau dia tidak menerima keduanya? Apapun cuba dulu, belum try belum tau. Tapi camne nak ngurat dia?

Email, apa yer tadi? dfarisya@shara.com.my. Macam familiar la email tu, siapa yer? Oh ya, bukanke Pian punya email kan s_pian@shara.com.my, mesti satu company. Ada can, ada can. Malang la kau Pian, kau kena jadi spy aku.

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Oktober 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog