Get Free Updates in your Inbox
Follow us on:

Individu Darah Pekat Disaran Derma Bagi Elak Pelbagai Penyakit

Rate this posting:
{[["☆","★"]]}

KOTA BAHARU, 3 Okt - Individu yang dikenalpasti memiliki darah yang pekat diminta menderma darah dengan segera bagi mengelakkan risiko jangkitan beberapa jenis penyakit antaranya diserang angin ahmar atau strok.

Pegawai Perubatan Unit Transfusi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Long Tuan Mastazamin Long Tuan Kechik berkata kepekatan darah yang perlu diberi perhatian serius ialah 17.5 miligram/desiliter (mg/dl) ke atas bagi penderma wanita dan 18.5 mg/dl ke atas bagi penderma lelaki.

Semua orang boleh membuat pemeriksaan untuk mengetahui kepekatan darah masing-masing dan mereka yang mempunyai kadar kepekatan tinggi dinasihatkan menderma darah, katanya kepada pemberita di sini.

Katanya kepekatan darah paling sesuai untuk didermakan ialah 12 hingga 15 mg/dl bagi wanita dan 13 hingga 16 mg/dl bagi lelaki.

Beliau berkata usaha menderma atau membuang darah berkenaan adalah untuk membolehkan darah penderma supaya tidak terlalu pekat atau tidak cair dan setelah usaha itu dijalankan, ia boleh menstabil dan menurunkan kepekatannya.

"Kepekatan darah penderma ini bergantung pada dua keadaan termasuk dari segi fisiologi yang melibatkan perokok, kurang minum air, manakala bagi keadaan patologi, ia melibatkan penyakit berkaitan," katanya.

Beliau berkata, penyakit tersebut termasuk 'Polycythamia Rubra Vera' iaitu penyakit melibatkan kepekatan darah yang cukup tinggi dan membawa kepada komplikasi terhadap jantung, buah pinggang seterusnya strok. - Bernama

© 2014. 2 + 4. Design by Viet Phuong + Edited by Slee DO