/

AS dalang 11 Sept: Ahmadinejad buat Amerika, EU marah

Delegasi keluar dewan UNGA protes ucapan pemimpin Iran
 
NEW YORK: Delegasi Amerika Syarikat bertindak keluar dewan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kelmarin, apabila Presiden Mahmoud Ahmadinejad dari Iran berkata kebanyakan rakyat Amerika dan negara lain percaya kerajaan Amerika yang melakukan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001.

Tindakan delegasi Amerika diikuti delegasi lain daripada semua 27 wakil Kesatuan Eropah (EU), Australia, New Zealand, Kanada dan Costa Rica, kata diplomat EU.

Presiden Iran itu berkata, wujud teori menuduh 'ada beberapa segmen dalam pentadbiran kerajaan Amerika merancang serangan itu bagi mengalihkan perhatian daripada keadaan ekonomi Amerika yang sedang merudum dan memberi tumpuan di Asia Barat, untuk menyelamatkan rejim Zionis.'
 
Presiden Barack Obama menyifatkan kenyataan Ahmadinejad itu sebagai memeranjatkan dan boleh membangkitkan kemarahan, lebih-lebih lagi apabila ia dibuat berdekatan tragedi 9/11 itu atau 'Ground Zero'.
 
Jurucakap misi Amerika di PBB, Mark Kornblau, mengeluarkan kenyataan selepas delegasi berkenaan keluar, dan menyatakan bahawa 'Ahmadinejad sekali lagi memilih untuk menimbulkan teori konspirasi dan sindiran anti-Semitik".
 
"Isu (nuklear Iran) yang begitu penting dibayangi kenyataan Ahmadinejad yang membangkitkan kemarahan di sini semalam. Kenyataannya bertujuan mengalihkan perhatian daripada tanggungjawab Iran dan untuk mendapat tajuk utama media," kata Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg.

Clegg mulanya bercadang untuk mengalu-alukan kemajuan yang dicapai pada mesyuarat enam kuasa dunia minggu ini bagi meminta Iran kembali semula ke meja rundingan - Amerika, PBB, China, Russia, Britain, Perancis dan Jerman.
 
Majlis Keselamatan PBB sebelum ini meluluskan empat sekatan ekonomi bertujuan mendesak Teheran menghentikan langkah memperkayakan uranium dan kembali berunding berhubung program nuklearnya. Iran menafikan ia akan membina senjata nuklear, dan menyatakan program berkenaan untuk keamanan seperti menjana kuasa elektrik.
 
Ditanya mengenai sekatan itu, Ahmadinejad berkata Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT) membenarkan semua negara yang menandatanganinya menggunakan kuasa nuklear bagi tujuan keamanan.
 
Tegasnya, ada negara anggota Majlis Keselamatan PBB 'menyamakan kuasa nuklear dengan bom nuklear... sementara itu, pada masa sama mereka terus mengekal, memperbesarkan dan meningkatkan simpanan senjata nuklear.'
 
Tambahnya, Amerika membelanjakan AS$80 bilion (RM256 bilion) untuk membina senjata nuklear.
 
Tetapi, Ahmadinejad berkata Teheran bersedia berunding dengan Amerika, PBB, EU dan wakil masyarakat antarabangsa, 'berdasarkan keadilan dan dasar saling menghormati.' – AP/AFP
Cik NiNe Che Kadir , Ahad, September 26, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog