Rusuhan merebak 4 bandar
BANGKOK: Kerajaan Thailand semalam mengisytiharkan berjaya menamatkan sebahagian besar rusuhan ganas selama 10 minggu di Bangkok tetapi pergerakan Baju Merah membawa konflik berkenaan ke timur laut apabila penyokong mereka membakar beberapa dewan pentadbiran wilayah.
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan pada waktu malam meliputi Bangkok dan 23 wilayah lain selama tiga hari lagi.
Tetapi, penunjuk perasaan Baju Merah mengingkarinya dengan membakar beberapa dewan pentadbiran wilayah, kata setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri, Manit Wattansen.
“Kebakaran menghanguskan empat dewan wilayah hampir serentak petang kelmarin termasuk di Udon Thani, Khon Kaen, Mukdahan dan Ubon Ratchthani,” kata Manit.
Katanya, pihak berkuasa mampu mengawal keadaan tetapi masih ada bantahan di Lampang dan Chiang Mai, merujuk kepada bandar di utara negara itu.
Operasi besar-besaran tentera sehari sebelumnya di Bangkok, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 96 cedera, berjaya mengosongkan sebahagian besar tempat perlindungan penunjuk perasaan itu di tengah pusat bandar selama enam minggu.
Berpuluh-puluh bangunan dibakar termasuk bank, bursa saham dan pasar raya kedua terbesar Asia. Menjelang pagi semalam, penunjuk perasaan sudah keluar dari kubu mereka dan menyerah diri.
Selepas menyerbu kawasan perlindungan pergerakan Baju Merah yang terakhir itu, sepasukan unit khas polis membawa keluar lebih seribu orang – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – daripada kuil Buddha di tengah bekas zon bantahan berkenaan. Enam mayat dijumpai terbaring di jalan raya.
Mengambil kira permulaan protes pada 10 April lalu, angka korban bantahan ialah 82 manakala 1,800 lagi cedera.
Sebilangan besar wanita yang menganggotai Baju Merah bimbang mereka akan dipenjarakan atau didera oleh polis dan meraung atau memeluk satu sama lain ketika berjalan keluar manakala yang lain masih bersikap keras kepala.
“Kami menang. Kami menang. Baju Merah akan bangkit semula,” laung seorang wanita.
Tiga lagi pemimpin Baju Merah menyerah diri kepada pihak berkuasa semalam, dan salah seorang daripada mereka merayu untuk berdamai. Lima pemimpin bantahan menyerah diri sehari sebelumnya dan diterbangkan ke kem tentera di selatan Bangkok untuk disoal siasat.
Jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd berkata situasi di ibu negara Thai itu sebahagian besarnya berjaya dikawal, namun bunyi letupan masih lagi kedengaran petang semalam. Bank Siam dibakar, iaitu kebakaran khianat pertama yang dilaporkan semalam, selepas 39 bangunan dibakar sehari sebelumnya.
Menurut stesen televisyen kerajaan, seorang anggota bomba ditembak dan cedera semalam ketika cuba memadamkan api di sebuah pusat beli-belah.
Kebakaran khianat turut dilakukan di beberapa tempat lain termasuk bangunan pejabat, kedai barangan kemas, sebuah hotel dan kedai pelbagai guna.
Sansern berkata, kebakaran daripada perbuatan khianat dan kegiatan mencuri dianjurkan dan dirancang secara sistematik oleh pe-mimpin Baju Merah sebelum mereka menyerah diri.
“Pihak tentera cuba untuk tidak menggunakan kekerasan. Jika kami berhasrat menyerang orang awam, angka kematian sudah pastinya lebih tinggi,” kata Sansern. – AP/AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "