Sabtu, 10 April 2010

Racun arsenik mampu rawat penyakit leukemia

SHANGHAI - Bahan kimia, arsenik mampu memusnahkan sel leukemia dengan membunuh protein tertentu yang menyebabkan sel penyakit itu terus hidup.

Hasil kajian didedahkan pasukan saintis diketuai, Zhang Xiaowei di Shanghai, China.

"Kajian kami menunjukkan bagaimana arsenik mensasar dan membunuh sel barah secara langsung," katanya.

Xiaowei berkata, berbanding rawatan kemoterapi, kesan sampingan arsenik ketika merawat leukemia adalah sangat rendah.

"Tiada masalah keguguran rambut atau fungsi tulang," katanya.

Arsenik dikenali sebagai raja segala racun. Ia juga digunakan sebagai ubat tradisional China sejak 2,000 tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan