Sabtu, 10 April 2010

Pesawat Discovery terbalik di ISS

PESAWAT Discovery berada dalam keadaan terbalik.

LONDON - Pesawat pengangkut angkasa Discovery kelmarin mencipta sejarah apabila ia berada dalam keadaan terbalik untuk bercantum dengan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi menghantar bekalan baru dan angkasawan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pesawat milik Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang berlepas dari Florida, Amerika Syarikat (AS) itu bercantum dengan ISS kelmarin tanpa bantuan radar.

Komander pesawat itu, Alan Poindexter memulakan pergerakan luar biasa dengan memusingkan kapal angkasa Discovery sebelum robot memunggah masuk kargo seberat 13 tan ke ISS.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, empat angkasawan wanita berada di ISS iaitu Dorothy Metcalf-Lindenburger, Stephanie Wilson, Tracy Caldwell Dyson dari AS dan Naoko Yamazak dari Jepun. - Agensi

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan