LONDON: Dadah ‘Meow Meow’ yang boleh membawa maut dilaporkan dibawa masuk ke Britain setiap hari oleh pengedar China tanpa dapat dihalang oleh pihak kastam, lapor akhbar di sini, kelmarin.
Sejumlah besar ubat berkenaan yang menyebabkan kematian dua remaja minggu ini dikeluarkan dari sebuah kilang di China sebelum dihantar secara sah ke United Kingdom menggunakan syarikat penghantaran seperti DHL, lapor akhbar The Mirror.
Pemeriksa Kastam yang menemui bahan perangsang berkenaan, bagaimanapun, membenarkan kemasukannya berikutan Meow Meow diklasifikasikan sebagai baja tanaman dan sah di negara ini. Ubat berkenaan yang asalnya dipanggil ‘mephedrone’ juga diiklankan melalui internet. Pengedarnya di Britain membeli dari China secara pukal.
Penyiasat akhbar itu menjejaki sebuah firma di Shanghai yang bergelar GucciChem, dengan menghubungi syarikat itu melalui telefon dan menyamar sebagai pengedar. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan