2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sijil halal Jakim ikut MS1500

CYBERJAYA - Tiada sijil halal akan diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap produk yang mencetuskan kekeliruan atau sinonim dengan perkara haram dan najis.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar  ketika ditemui Kosmo! semalam menjelaskan, air mineral yang mempunyai label atau diisi dalam botol minuman menyerupai botol arak juga tidak akan diberi pensijilan halal.

"Sijil halal tidak diberikan kerana kita mahu mengelak daripada berlaku kekeliruan pada produk seperti itu kerana ia merupakan produk yang tidak halal pada asalnya.

"Apabila kita meletak ia sebagai halal, generasi muda kita akan beranggap produk itu halal," kata Saimah.

Beliau berkata, keputusan tidak memberikan status halal itu terkandaung dalam standard MS1500:2009 Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan-Garis Panduan Umum (Semakan Kedua).

"Standard ini bukan disediakan oleh Jakim tetapi ia melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan pihak yang terlibat," tegasnya.

Antara agensi yang terlibat dalam menggubal standard MS1500:2009 ialah Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Institut Kualiti Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kesihatan Malaysia, Sirim Berhad, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia serta Universiti Teknologi Mara.

Saimah berkata, standard yang diamalkan oleh Jakim telah diterima dan menjangkaui ke seluruh dunia serta badan-badan pensijilan halal di negara lain.

Ketika diminta mengulas mengenai isu bak kut teh halal yang didakwa halal oleh sebuah hotel baru-baru ini, beliau berkata:

"Itu dakwaan sendiri (hotel berkenaan) makanan itu halal dan kerana itu, Jakim telah menerima banyak bantahan daripada pengguna Islam.

"Kami persalahkan pengguna, pertubuhan, serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan sedangkan kami tidak mengesahkan produk makanan itu diiktiraf halal."

Oleh SHAWKATH AZDE, [ shawkath.azde@kosmo.com.my ]

Cik NiNe Che Kadir , Sabtu, Disember 26, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog