/

cuba FAHAMkan dan Olah KePENTINGan yang ada. (Menangani Fitnah Internet)

Umumnya, komunikasi merupakan suatu artikulasi dalam penyampaian mesej melalui pelbagai media termasuk televisyen, radio dan yang terkini ialah penggunaan blog sebagai media utama penyebaran maklumat melalui internet. Laman web Internet World Stats menunjukkan bahawa peratusan pengguna internet di Asia kini mencecah 39.5 peratus dari keseluruhan pengguna internet dunia dengan kadar pertumbuhan pengguna sebanyak 406.1 peratus.

 

Menurut laman web itu lagi, dalam ranking 10 teratas negara internet di Asia (Top Ten Internet Asia Countries), Malaysia berada di tempat yang ke sembilan di bawah Taiwan dengan pertusan sebanyak 14.9 peratus manakala China unggul di ranking pertama diikuti Jepun dan India dengan masing-masing mencatat peratusan sebanyak 253 peratus, 94 peratus dan 60 peratus.

 

Kini manusia telah mendapat pelbagai manfaat dari ledakan teknologi maklumat yang sedang memuncak ini. Komunikasi melalui internet memudahkan pelbagai urusan manusia merentas sempadan geopolitik meliputi jaringan ekonomi dan sosial. Sehinggakan ramai yang telah bergelar jutawan hasil dari pelbagai aktiviti di internet. Contohnya ialah Mark Zuckerberg. Pada usia 23 tahun, CEO Facebook ini sudah mampu meraih pendapatan sebanyak USD 1.5 billion hanya dalam tempoh empat tahun! Kerjaya beliau bermula hanyalah sebagai seorang ’social networker’ dan kini Forbes telah menamakan beliau sebagai usahawan billionaire termuda di dunia (self-made billionaire).

 

Walaubagaimanapun, jika internet dilihat dari sudut yang negatif, didapati bahawa tidak kurang juga yang menyalah gunakan internet untuk tujuan jenayah seperti penipuan, fitnah, peras ugut, hasutan dan lain-lain perkara di luar batasan moral.

 

Justeru, dalam konteks komunikasi global pada hari ini, persoalan keilmuan, kefahaman dan keikhlasan sangat perlu untuk diperhalusi agar komunikasi yang berlaku dapat mewujudkan suatu suasana serta jaringan maklumat yang lebih sihat dan positif.

 

Sebab itulah dalam membendung gejala komunikasi negatif, Islam telah meletakkan prinsip Al-hikmah sebagai asas komunikasi sebagaimana yang telah dinukilkan di dalam al-Quran: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” (Al-Nahl: 125).

 

Dengan jumlah pengguna internet yang meningkat saban hari, internet dilihat sebagai media utama dalam penyebaran pelbagai maklumat serta pengetahuan. Sudah pasti dalam proses komunikasi global sebegini konflik tidak dapat dielakkan lagi. Justeru, dalam membendung budaya fitnah-memfitnah akibat dari pelbagai konflik yang melanda, Islam telah menyarankan agar manusia berbincang dan berbahas dengan cara yang terbaik agar suatu titik kesepakatan dan keharmonian dapat ditemukan. Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu diselesaikan secara beradab serta melalui komunikasi yang dirasakan paling terbaik. Begitu juga berkenaan sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Ia perlulah dilakukan dengan penuh hikmah, apatah lagi dalam konteks komunikasi maya yang melibatkan sebuah komuniti global yang menjadikan internet sebagai media utama dalam memperoleh ilmu dan maklumat.

 

Di sini dapat dirumuskan bahawa pendekatan Al-hikmah merangkumi elemen keilmuan, kefahaman dan keikhlasan. Ketiga-tiga elemen ini merupakan asas terhadap suatu komunikasi yang sihat, positif dan harmoni.

 

Jika berlaku kepincangan pada salah satu daripada elemen tersebut, maka ia boleh menjejaskan sesuatu proses komunikasi. Sebagai contoh, apabila seseorang itu hanya memiliki kefahaman yang baik tentang situasi semasa serta keikhlasan yang tinggi dalam menyampaikan sesuatu mesej, tetapi lompong dadanya dari ilmu sudah pasti mesej yang disampaikan itu gagal difahami dan lebih ironi lagi apabila ia disalah erti oleh golongan masyarakat yang menerima maklumat tersebut. Hal ini akan menyulitkan sesuatu keadaan dan barangkali boleh membawa kepada ketegangan.

 

Begitu juga jika seseorang itu berilmu dan ikhlas tetapi tidak peka dalam memahami situasi semasa berkemungkinan mesej yang disampaikan itu tidak praktikal dan akhirnya menjadi retorik semata-mata tanpa membawa kepada suatu matlamat yang diharapkan.

 

Malahan lebih parah lagi jika seseorang itu berilmu serta memahami situasi dan kondisi semasa tetapi memiliki hati yang busuk serta jauh dari keikhlasan maka nilai mesej yang disampaikannya itu hanyalah bersifat picisan dan akan meruntuhkan.

 

Sesungguhnya usaha mendepani gejala fitnah internet ini memerlukan kepekaan pengguna internet itu sendiri dalam menilai setiap maklumat yang diperolehinya. Keupayaan untuk menilai sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu bergantung kepada bagaimana para pengguna internet menilai tahap keilmuan serta kefahaman si penyampai maklumat tersebut terhadap subjek yang telah disiarkannya.

 

Mungkin sebagai manusia biasa, kita tidak berhak untuk menilai keikhlasan seseorang, tetapi kita masih mempunyai ruang untuk menilai tahap keilmuan serta kefahamannya tentang subjek yang seseorang itu perbahaskan di laman webnya. Justeru apabila kepekaan terhadap aspek ilmu, faham dan ikhlas ini dibangun serta dibudayakan, kematangan masyarakat akan meningkat serta budaya ilmu di kalangan masyarakat maya akan kian subur sekaligus mematikan gejala fitnah-memfitnah yang boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

 

Oleh: MUHAMMAD IZZUDDIN SYAKIR HJ ISHAK  (Dipetik dari Majalah Milenia Muslim: Jun 2009)

Muhammad Ttuyup , Isnin, September 28, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog