2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ape Ke Jadah JAIP Ooii!!

Saya naik hairan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dalam kes perlaksanaan hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Syukarnocid:part1.04020202.08070308@pendekarblogger.com (32). Kartika telah dihukum rotan enam kali pada 20 Julai 2009 lepas oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Dato' Abdul Rahman Yunos setelah didapati bersalah kerana meminum arak ditempat awam.

 

Alhamdulillah daripada hukuman rotan itu, Kartika telah mendapat kekuatan untuk melihat kesilapan yang telah dilakukan dan berazam untuk berubah. Untuk menunjukkan keikhlasan beliau bertaubat, beliau telah tidak membuat rayuan terhadap hukuman tersebut, malahan bersedia untuk dirotan sebagai kiffarah kepada kesilapannya. Saya mengangkat tabik kepada Kartika atas keikhlasan dan keinsafan beliau.

 

Kes ini telah menarik perhatian media dan NGO tempatan dan antarabangsa kerana jarang hukuman rotan dikenakan terhadap seorang wanita kerana kesalahan meminum arak. Sedangkan Islam tidak mengenal batasan gender dalam menguatkuasa dan melaksanakan hukuman. "Demi ALLAH, sekiranya Fatimah puteriku sendiri yang mencuri, akan ku potong tangannya"..begitu tegas Nabi dalam melaksanakan syariat ALLAH!

 

Dalam keadaan kes ini mendapat perhatian dan liputan begitu rupa, pihak berkuasa JAIP sepatutnya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti kes ini kerana sebarang kesilapan akan memberi imej burok bukan kepada JAIP tetapi kepada agama Islam.

 

Hukuman rotan ini adalah hukuman syarie dan menurut ketetapan yang ditentukan ALLAH dan Rasul. Tiada siapa boleh pertikaikan persoalan ini, dan bagi yang mempersoalkan perlaksanaan hukuman ini sama saperti mempersoalkan hukuman ALLAH dan Rasul. Cuma yang berbeza adalah metode dan cara perlaksanaan hukuman itu sahaja yang ada kekhilafan. Keberanian Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan melaksanakan hukuman tersebut adalah sesuatu yang perlu diberi penghormatan.

 

Kita pejuang dan umat Islam tidak bersorak-sorai apabila hukuman ini dikenakan. Walaupun ada diluar sana sekelumit insan toghut mendakwa kita bergembira, namun itu adalah putar belit dan propaganda murahan untuk menimbulkan rasa gelisah dan kurang senang beberapa pihak tertentu terhadap Islam.

 

Hakikatnya kita sangat sedih kerana masih ada umat Islam yang masih engkar mematuhi perintah ALLAH dengan meminum arak secara terbuka.

 

Tidak ada umat Islam yang tidak tahu arak itu haram dan hukuman meminumnya adalah rotan.

 

Tidak timbul disini soal nak mendidik atau berdakwah, nak didik dan dakwah apa lagi! Kalau ada orang Islam yang kata dia tidak tahu arak itu haram, samada skrew otak dia perlu diketatkan atau pun dia baru keluar dari gua yakjuj makjuj mana kita tak tau!

 

Tapi apa yang malang tindak-tanduk pihak penguatkuasa JAIP telah memberikan gambaran buruk dan bodoh kepada Islam.

 Kalau nak laksana hukuman tu laksanakanlah dengan penuh professional dan berhemah.

 

Ni ape cerita dah ambik Kartika kat rumah boleh u-turn balik kereta tak sampai 200 meter berjalan, peh tu kensel pulak tangguh hukuman sebab menghormati Ramadhan.

 

Takkanlah pegawai JAIP bodoh sangat tak tahu ni dah bulan Ramadhan. Dah tau bulan Ramadhan dok beriya-iya nak keluarkan waran, siap nak tahan kat penjara lah macam-macam story apa ke he ni. Tau-tau kensel setelah Kartika bersiap sedia nak dihukum, siap dengan tahlil solat hajat lagi dah buat kat Sg. Siput.

 

Tindakan bodoh ini benar-benar memalukan Islam. Seolah-olah Islam ni lekeh sangat sampai tak reti nak laksana hukuman rotan. Sebenarnya yang bodohnya pegawai JAIP, tapi yang malu ialah agama Islam. Ada pulak yang buat kenyataan sebenarnya pegawai yang nak merotan cara syariah tidak ada, dan para pegawai penjara tak reti nak laksana hukuman.

 

Apalah susah sangat, impot sahaja para pegawai syarie daripada Aceh Darul Islam, mereka dah punya pengalaman luas dalam melaksanakan hukuman rotan bagi peminum-peminum arak dan kesalahan syarie yang lain. Tak pun hantar aje pegawai penjara ke Aceh pegi kursus cara merotan mengikut syara'. Saya ingat dalam dua minggu setel dah isu remeh ni.

 

Apa pun, kita mintak sangat kepada para pegawai JAIP, tolonglah buat kerja tu profesional sikit. Janganlah bagi malu kat Islam disebabkan kebodohan kita. Hukuman ALLAH itu adil dan saksama, jangan dicemar akibat kejahilan dan kebodohan kita!

Mungkin pihak berkuasa perlu menimbang untuk menyemak semula hukuman rotan yang dikenakan kepada Kartika.

 

Saya melihat beliau telah benar-benar menunjukkan keinsafan dan keikhlasan dalam kes ini.

 

Malahan ibubapa dan keluarga beliau juga menunjukkan sikap yang sama. Saya sangat berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa Kartika. Ini satu sikap terpuji yang jarang nak dijumpai lagi hari ini.

 

Mungkin kita perlu menunjukkan ehsan kita. Ini tidak bermakna kita tidak melaksanakan hukuman rotan itu. Tetapi suasana dan keadaan dah berubah terlalu banyak akibat kelemahan dan kesilapan pihak berkuasa sendiri..

 

Bukan Kartika enggan dihukum, tetapi dengan takdir ALLAH suasana sudah berubah.

 

Mungkin para ulama' dan ilmuan Islam, mungkin para Jawatankuasa Fatwa yang begitu ghairah nak berfatwa boleh duduk segera bermuzakarah untuk menimbang samada hukuman rotan tersebut boleh disemak semula atau tidak demi memperlihatkan sistem keadilan dan kasih sayang Islam, wallahua'lam.

 

Moga ALLAH memberikan keampunan dan kekuatan serta istiqomah kepada kita serta mengampunkan kelemahan dan kebodohan kita..astaghfirullah hal adheem.

 

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa, 04 Ramadhan 1430 / 25 Ogos 2009

http://zul4kulim.blogspot.com/

 

try , Jumaat, Ogos 28, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog