/

Perisikan siber China godam rahsia di 103 negara

TORONTO 29 Mac - Rangkaian perisikan siber yang berpangkalan di China telah menggodam dokumen rahsia kerajaan dan organisasi swasta di 103 negara, termasuk komputer milik Dalai Lama dan penduduk Tibet yang hidup dalam buangan.

Pendedahan oleh penyelidik Internet dari Kanada, Pemantau Perang Maklumat (IWM) pada awalnya memberi tumpuan kepada dakwaan perisikan China terhadap komuniti Tibet yang hidup dalam buangan, namun akhirnya menemui rangkaian yang lebih besar.

"Kami berjaya mendedahkan bukti waktu nyata berhubung perisian berniat jahat (malware) yang telah menembusi sistem komputer Tibet, mengekstrak dokumen sensitif daripada pejabat peribadi Dalai Lama," kata penyiasat, Greg Walton.

Kumpulan penyelidik menjelaskan bahawa penganalisis mereka mengenal pasti China sebagai sumber utama rangkaian berkenaan, namun gagal mengesan identiti atau motif penggodam itu.

Kedutaan China di Toronto, bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan sebarang ulasan.

Aktivis Students For a Free Tibet, Bhutila Karpoche berkata, komputer persatuannya telah digodam beberapa kali sejak empat atau lima tahun lalu dan ia berlaku lebih kerap pada tahun lalu.

Jelasnya, beliau kerap menerima e-mel mengandungi virus yang merosakkan komputer. IWM yang terdiri daripada penyelidik dari badan pemikir SecDev yang beribu pejabat di Ottawa dan Pusat Kajian Antarabangsa Munk Universiti Toronto menjelaskan bahawa mereka berjaya mengesan rangkaian perisikan siber melibatkan 1,295 komputer mencurigakan daripada Kementerian Luar Iran, Bangladesh, Latvia, Indonesia, Filipina, Brunei, Barbados dan Bhutan.

Sistem yang telah digodam juga telah ditemui di kedutaan India, Korea Selatan, Indonesia, Romania, Cyprus, Malta, Thailand, Taiwan, Portugal, Jerman dan Pakistan. - AP
'Api' Harjan Milosevic , Isnin, Mac 30, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog