KUALA LUMPUR, 16 Feb - Satu kajian akan dilakukan bagi menentukan sejauh mana keberkesanan meminum susu ke atas perkembangan mental kanak-kanak di negara ini.Kajian perintis itu akan dilakukan oleh pengeluar produk susu Dutch Lady Milk Industries (M) Berhad dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
"Ia mahu melihat bagaimana peminuman susu memberi kesan kepada pembentukan memori kanak-kanak, tindak balas dan daya konsentrasi mereka," kata Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik UPM, Dr Mohd Nasir Mohd Taib.
Satu memorandum persefahaman antara Dutch Lady dan UPM untuk melaksanakan projek tersebut diadakan hari ini.
Kajian ini akan berjalan selama enam hingga lapan bulan mulai bulan depan ke atas 30 orang kanak-kanak berumur 5 tahun di sekitar Lembah Klang.Pengarah Urusan Dutch Lady, Hans Laarakker berkata hasil kajian itu akan dikeluarkan dan maklumatnya dikongsi bersama dengan syarikat pengeluar susu yang lain. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan