Isnin, 23 Februari 2009

Tawar diskaun RM5,000

ALOR SETAR – Jual kereta lama anda dan beli yang baru dengan diskaun RM5,000.

Program itu yang telah dilakukan oleh Proton, mungkin diperluaskan kepada kenderaan jenama lain jika cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk merangsangkan industri automobil negara bulan depan, diluluskan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan insentif itu akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sempena bajet mini yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 10 Mac depan.

Katanya, insentif itu bertujuan meningkatkan pasaran automobil yang dipercayai merosot ekoran kelembapan ekonomi dunia sambil mengurangkan kereta yang telah berusia 15 tahun ke atas di jalan raya.

Pada masa ini dianggarkan terdapat kira-kira sejuta buah kenderaan lama seperti itu.


"Insentif RM5,000 itu mungkin dalam bentuk cukai eksais atau cukai jualan dan mekanisme pelaksanaannya sedang diteliti,'' kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin UMNO anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di sini semalam. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan