TARIKH luput pada kod bar boleh mengelak pelanggan terbeli produk rosak.KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang mencari penyelesaian jangka panjang terhadap trend menjual produk luput tarikh di pasar raya dengan mewajibkan maklumat itu dimasukkan dalam sistem kod bar masing-masing.
Langkah itu akan membolehkan barangan khususnya makanan dan ubat-ubatan yang telah luput tarikh dikesan semasa pembelian atau di kaunter juruwang.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sistem itu tidak dilaksanakan kerana berpunca daripada kelalaian sesetengah pasar raya besar yang menjual produk yang sudah rosak sehingga mengancam nyawa pengguna.
Menurutnya, pihak pengurusan pasar raya perlu bekerjasama di semua peringkat sama ada bahagian semakan, penyeliaan, atau pembayaran bagi memastikan produk terjamin kualitinya. - kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan