WASHINGTON: Sekumpulan penyelidik di Universiti Baylor membuktikan kebenaran pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan apabila berjaya mencari cara baru menjadikan sabut sebagai hiasan dalaman kereta.Mereka berkata, ia boleh dijadikan garisan but kereta, pelapik lantai dan penutup dalaman pintu kereta menggunakan serat sabut luar kelapa, menggantikan serat polister sintetik yang selalunya digunakan dalam bahan cantuman.
"Mengapa kelapa? Itu soalan pertama orang ramai. Kita tahu kelapa melimpah ruah - tumbuh kira-kira 50 bilion setahun tetapi 96 peratus daripadanya ditanam oleh peladang miskin.
"Kami ingin mencari jalan menjadikan kehidupan mereka lebih baik, mencipta pasaran baru untuk mereka," akhbar Washington Times memetik profesor kejuruteraan, Walter Bradley, yang mengetuai penyelidikan itu sebagai berkata.
Bradley berkata, peladang yang dianggar berjumlah 11 juta di seluruh dunia, cuma memperoleh AS$500 (RM1,769) setahun. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan