BEIJING 9 Feb. - China melancarkan beribu-ribu roket dan peluru meriam ke udara untuk tujuan pembenihan awan dan bersiap sedia untuk menyalurkan air dari dua sungai terpanjang di negara ini bagi mengatasi kemarau terburuk dalam tempoh puluhan tahun.Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata, kemarau yang melanda kawasan tanaman padi di wilayah tengah dan barat selain wilayah di utara boleh menjejaskan bekalan makanan ketika penduduk sudah pun mengalami keperitan hidup disebabkan krisis ekonomi.
"Kemarau masih berlarutan dan ahli kaji cuaca meramalkan tidak ada hujan lebat dalam tempoh terdekat," kata Jiabao semasa lawatan ke kawasan kemarau di wilayah Henan.
Beliau menekankan betapa sukarnya untuk memerangi kemarau sambil berusaha untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak.
"Kita perlu bekerja keras tanpa henti," kata Perdana Menteri itu.
Pegawai kaji cuaca melancarkan 2,392 peluru meriam dan 409 roket mengandungi bahan kimia pembenihan awan ke udara dalam operasi di seluruh utara China kelmarin, menurut kenyataan Pentadbiran Meteorologi China.
Operasi pembenihan awan itu menghasilkan hujan sebanyak lima milimeter di wilayah Hebei, utara negara ini, lapor agensi berita Xinhua. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan