
LONDON: Seseorang itu juga boleh menjadi gemuk jika dia terlalu banyak berfikir yang menyebabkannya tertekan, dakwa satu kajian terbaru.
Kajian itu juga menunjukkan, orang berkenaan biasanya akan terlebih makan kerana lebih banyak kalori diperlukan untuk membantu berfikir.
Pasukan penyelidik yang diketuai Dr Angelo Tremblay mengukur pengambilan makanan secara spontan membabitkan 14 pelajar selepas mereka diberikan tiga tugasan.
Pertama, mereka diminta berehat dalam keadaan duduk,
kedua membaca dan merumuskan satu teks sebelum diminta melengkapkan satu siri memori, tumpuan dan ujian waspada melalui komputer.
Selepas 45 minit bagi setiap aktiviti, peserta diundang untuk makan sebanyak mana yang mereka mahukan.
Penyelidik mendapati, bagi setiap sesi kerja intelektual ia hanya memerlukan tiga kalori lebih daripada waktu rehat.
Tetapi, walaupun tidak banyak tenaga dihabiskan dalam kerja mental, pelajar secara spontan mengambil lebih 203 kalori selepas merumuskan satu teks dan 254 lebih kalori selepas ujian komputer. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan