Selasa, 6 Januari 2009

Ramai minta cerai setiap awal tahun


Januari jadi pilihan untuk berpisah: Kajian

LONDON: Tarikh 20 Januari depan diramalkan menjadi hari paling banyak membabitkan pasangan yang mengambil keputusan untuk menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

Secara tradisinya lebih ramai pasangan yang akan memfailkan perceraian pada bulan Januari berbanding waktu lain sepanjang tahun kerana mereka memutuskan untuk mengambil langkah itu selepas Krismas berikutan kegagalan menyelesaikan masalah keluarga.


Januari tahun ini juga dijangka tidak terkecuali apabila minggu ketiga dilihat bakal menyaksikan bilangan petisyen cerai yang tinggi difailkan di mahkamah, kata pakar.

Tanya Roberts dari firma guaman Charels Russell berkata : "Januari adalah bulan apabila anda akan melihat ramai pasangan yang memutuskan untuk bercerai.

"Ini selepas mereka cuba bertahan ketika Krismas dan Tahun baru serta melengkapkan penghantaran anak ke sekolah sebelum menghubungi peguam perceraian. "Pastinya spekulasi tetapi tarikh 20 Januari tentu akan menjadi hari paling sibuk tahun ini untuk permohonan perceraian."

Kaji selidik yang dijalankan halaman web Takelegaladvice.com berkata, perkara berkaitan perceraian adalah lebih 30 peratus sepanjang musim perayaan berbanding tahun lalu.

Petugas Takelegaladvice.com, Mary Heanye, berkata: "Perkara ini membabitkan gabungan Krismas dan krisis kredit. Isu ini memberi tekanan dalam hubungan hingga mendesak pasangan untuk mendapatkan bantuan."

Sesetengah meramalkan bahawa masalah ekonomi boleh menyumbangkan kepada sekurang-kurangnya dua juta pasangan mendapatkan nasihat guaman mengenai kemungkinan untuk bercerai tahun ini. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan