
Kepandaian ada kaitan gen nenek moyang
LONDON: Hasil penyelidikan mencadangkan bahawa kebijaksanaan dan kualiti sperma di kalangan nenek moyang mempunyai kaitan yang kuat, justeru lelaki bijak mungkin mewarisinya.
Selain itu, gen yang dikaitkan dengan aspek kepandaian turut memainkan peranan dalam kualiti sperma, walaupun kesannya hanya sedikit.
Pada masa sama, pakar berkata, jika pasangan mempunyai masalah mendapatkan anak, ia tidak bermakna lelaki terbabit tidak bijak atau melakukan latihan bahagian otak akan memperbaiki peluang menjadi seorang bapa.
Bagaimanapun, lelaki bijak akan menghasilkan kualiti sperma lebih baik, menurut hasil kajian penyelidik Britain.
Di kalangan masyarakat moden, lelaki bijak sebenarnya menjadi bapa kepada beberapa anak saja kerana mereka banyak menggunakan program pencegah kehamilan atau lewat berkahwin.
Sekumpulan penyelidik di King's College di sini menguji satu teori bahawa gen tunggal boleh memberi kesan kepada pelbagai peri laku.
Rosalind Arden, ketua penulis berkata: "Sebagai bukti konsep awal, kami mengambil dua kriteria yang kelihatan pada zahirnya, mustahil untuk dikaitkan antara satu sama lain - kebijaksanaan dan kualiti sperma - dan menguji sama ada terdapat hubungan statistik antara mereka.
"Kami menemui hubungan positif kecil: lelaki bijak mempunyai sperma lebih baik. Namun, kami bukan mengatakan bahawa mengikut situasi moden lelaki bijak akan mempunyai ramai anak. "Kami mahu menguji idea bahawa kebijaksanaan didapati secara semula jadi," katanya.
Kesannya masih dikaitkan dengan beberapa faktor yang diambil kira seperti lelaki bijak kurang merokok dan lebih banyak bersenam.
Penyelidikan itu diterbitkan dalam Journal Intelligence. Dr Allan Pacey, Pensyarah Kanan Andrologi, Universiti Sheffield, berkata: "Tidak mustahil untuk mengesan hubungan antara kebijaksanaan dan kualiti sperma di kalangan lelaki dewasa serta kaitannya antara otak dan zakar sejak lelaki terbabit berada dalam rahim ibunya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan