
JEPUN merancang meneroka dasar lautnya bagi mencari elemen bumi yang sukar didapati yang digunakan dalam pengeluaran produk elektronik bagi mengurangkan pergantungan tinggi import dari China, kata pegawai kerajaannya.
Negara itu juga mahu membangunkan kapasitinya mengeluarkan sumber tenaga yang amat diperlukan seperti minyak, gas dan metana hidrat dalam projek yang disasarkan dimulakan pada 2018.
Jepun dipercayai memiliki pelbagai sumber dasar laut berharga tetapi masih belum dieksploitasi berikutan kekangan kos pembangunan teknologi dasar laut.
China memiliki banyak sumber logam yang jarang didapati di dunia, yang mana digunakan dalam sektor semikonduktor dan komponen kereta hibrid, iaitu perniagaan utama bagi syarikat Jepun.
"Wujud peningkatan permintaan sumber mine-ral di seluruh dunia, yang mempengaruhi harga lebih tinggi," kata pegawai di ibu pejabat dasar laut kerajaan Jepun. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan