Rabu, 14 Januari 2009

Gim jana tenaga daripada peluh


BANYAK peralatan di gimnasium boleh dimanfaatkan untuk menjana semula tenaga elektrik. - Gambar hiasan

WASHINGTON - Sebuah gimnasium, The Green Microgym di Oregon, Amerika Syarikat mendakwa memiliki peralatan gim berkuasa neutral karbon dan kuasa solar yang mesra alam.

Peralatan itu dijana terus daripada peluh pelanggannya sendiri yang mengayuh dan berlari semasa berlatih menggunakan alat senaman itu, menurut pemiliknya, Adam Boesel.

Dia bekerjasama dengan syarikat pembuat teknologi dinamo, Henry Works bagi merealisasikan idea itu yang berdasarkan konsep sama yang digunakan untuk menjana mentol lampu hasil daripada kayuhan pedal basikal.

"Apabila fikirkan gim, anda bayangkan banyak peralatan yang ada roda pemintal yang apabila dijana tenaga sama seperti konsep turbin kincir angin menjana elektrik," kata Boesel. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan