"MASALAH virus yang sering menyerang komputer boleh diselesaikan."SeJENIS virus komputer yang merebak dengan pantas telah meletakkan pengguna Microsoft Windows dalam kedudukan berbahaya apabila komputer mereka hilang upaya untuk mengelakkan pencerobohan dan kecurian data secara digital. Fenomena itu bukan sahaja berlaku di Amerika Syarikat (AS), tetapi turut mengancam pengguna di Eropah dan Asia.
Setakat ini, virus Downadup atau Conficker menimbulkan masalah kepada hampir sembilan juta mesin atau komputer, lapor sebuah syarikat keselamatan peribadi dalam talian. Bagaimanapun, besar kemungkinan ia adalah virus palsu.
Syarikat F-Secure di Finland memberitahu, virus itu yang dikesan sejak beberapa minggu lalu telah merebak secara mendadak ke dalam rangkaian komputer organisasi korporat. Bagaimanapun, virus itu tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh penciptanya.
Walaupun masalah virus yang sering menyerang komputer boleh diselesaikan, namun virus jenis itu adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ketua Penasihat Keselamatan F-Secure, Patrik Runald berkata, virus itu mempunyai kod khas yang menawarkan amaran kepada pengguna tentang muslihat virus lain yang mengancam komputer dengan menyediakan perisian anti virus yang terbaik.
Virus itu boleh memberi ancaman berskala besar sekiranya komputer pengguna sudah mempunyai masalah dalaman berhubung dengan serangan virus komputer.
"Kumpulan pencipta virus Downadup masih belum menggunakan sepenuhnya virus tersebut," jelas Ketua Pegawai Kajian F-Secure, Nikko Hypponen.
"Namun, mereka boleh bertindak pada bila-bila masa ke atas komputer," ujarnya.
"VIRUS boleh memberi ancaman berskala besar pada komputer. – Gambar hiasan"Terdahulu, Microsoft telah mengeluarkan amaran bahawa virus itu dipercayai tergolong dalam kategori jenis virus komputer terbaru yang dikesan pada Oktober lalu.
"Dalam tempoh beberapa minggu yang lalu, virus itu telah mula menceroboh masuk ke dalam banyak sistem komputer pengguna," kata syarikat tersebut dalam laman webnya.
Microsoft menjelaskan bahawa virus itu mendapatkan akses kepada komputer lain bermula dari satu komputer dan kemudian meneka kebarangkalian kata laluan yang diaplikasi pada komputer lain dalam rangkaian yang sama.
"Jika kata laluan yang digunakan oleh seseorang itu agak lemah dan tidak susah untuk dipecah, maka ia berjaya mendapat akses masuk dengan mudah."
Kebanyakan komputer yang menggunakan khidmat Windows secara automatik akan memuat turun laman sekuriti yang dipaparkan dari semasa ke semasa tetapi Hypponen menyebut virus Downadup atau Conficker boleh melumpuhkan proses mengemaskinikan laman sekuriti pada komputer yang pernah dijangkiti sebarang virus.
Biarpun asal usul virus itu masih menjadi teka-teki, F-Secure mendakwa negara Ukraine yang mula-mula menyebarkan virus tersebut. Hypponen menambah, ia telah dikod bagi mengelakkan ancaman pada komputer di kawasan tempatan yang sekali gus memberi petunjuk kuat bahawa pencipta virus itu mahu menarik perhatian pihak berkuasa tempatan. - kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan