Selasa, 2 Disember 2008

'Sayang', 'cinta' dianggap biadap


LONDON: Jururawat Britain dinasihati tidak menggunakan perkataan 'sayang' atau 'cinta' ketika memanggil pesakit warga tua berikutan kata-kata itu kini disifatkan sebagai biadap.

Satu garis panduan terbaru bagi jururawat dan petugas perbidanan, menyifatkan sebarang panggilan selain nama sebenar pesakit, tidak harus digunakan lagi, lapor akhbar Daily Telegraph, kelmarin.

Pihak berkuasa kesihatan sebaliknya mewajibkan jururawat itu bertutur dengan penuh hormat dan lembut kepada pesakit.

"Mereka perlu memanggil pesakit dengan nama sebenar pesakit dan bukannya gelaran seperti sayang atau cinta," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, bagi kes tertentu, gelaran 'sayang' atau 'cinta' itu boleh digunakan jika ia menjadi sebahagian cara ditetapkan untuk melayan pesakit tertentu.


Dokumen Garis Panduan Penjagaan Warga Tua itu bagaimanapun masih perlu diluluskan Majlis Pihak Berkuasa Kesihatan (NMC) minggu depan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan