![]() |
| Dede menunjukkan ketumbuhan ketuat yang semakin melata di tubuhnya di hadapan rumahnya di kampung Tanjung Jaya, Bandung, kelmarin. |
Dede pulang ke rumahnya dari hospital pada Ogos lalu selepas pasukan doktor membuang enam kilogram ketuat dari badannya dan dia dirawat sebagai pesakit luar sejak itu.
"Ia telah kembali tumbuh dan muncul semula tidak lama selepas saya pulang," katanya.
Dede yang berharap dapat sembuh kembali dan ingin mencari pekerjaan, pernah satu ketika dapat pergi memancing dan menggunakan telefon bimbit, namun sekarang dia kembali memerlukan bantuan.
Seorang doktor dari Amerika Syarikat sebelum ini menyatakan bahawa ketuat di badan Dede itu adalah disebabkan oleh jangkitan Virus Pappiloma Manusia (HPV), namun ia tidak membahayakan nyawa.
Kes Dede bagaimanapun adalah yang paling teruk pernah ditemui di dunia.
Dede, yang kini berusia 37 tahun, pertama kali menyedari kehadiran ketuat itu selepas mengalami luka pada bahagian lutut ketika remaja, namun ia semakin merebak sehingga dia dipecat, ditinggalkan isteri dan dipulaukan jiran tetangga.
Salah seorang daripada doktor yang merawatnya di Hospital Hasan Sadikin, Rachmat Dinata menyatakan bahawa Dede akan menjalani pembedahan sekali lagi pada penghujung Disember ini atau awal tahun depan untuk membuang dan mengurangkan ketumbuhan ketuat itu. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan