Isnin, 22 Disember 2008

10 bilion dolar terbaru Zimbabwe sama nilai RM66


HARARE: Bank Pusat Zimbabwe memperkenalkan mata wang kertas bernilai 10 bilion dolar yang sama nilainya dengan AS$20 (RM66), dalam usahanya mengatasi kekurangan mata wang tunai di negara itu, lapor media tempatan semalam.

Harga barangan keperluan meningkat setiap hari manakala bekalan makanan dan bahan api semakin berkurangan di Zimbabwe. Wabak penyakit taun pula membunuh 1,100 orang setakat ini, tetapi harapan menamatkan krisis antara Presiden Robert Mugabe dan pembangkang terus buntu.

Inflasi melampau memaksa bank pusat terus mengeluarkan mata wang tunai baru yang menyebabkan nilainya merosot.

Mata wang Zimbabwe bernilai 1 bilion dolar dan 5 bilion dolar juga diedarkan dan had pengeluaran wang tunai ditingkatkan kepada 10 bilion dolar. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan