Jumaat, 19 Disember 2008

Karya terbaru Rowling laris


Kumpul RM22.75j dalam dua minggu untuk tujuan kebajikan

LONDON: Buku baru J K Rowling (gambar), The Tales of Beedle the Bard, yang dijual untuk tujuan kebajikan, adalah buku paling laris tahun ini, dengan jualan lebih 2.6 juta naskhah di seluruh dunia dalam tempoh kurang dua minggu.

Sejak dikeluarkan pada 4 Disember lalu, buku berkenaan juga menjadi buku paling terlaris di seberang Atlantik, mengatasi USA Today dan Daily Telegraph dan mengumpulkan £4.2 juta (RM22.75 juta) bagi tujuan kebajikan.
Hasil kutipan buku itu, yang dicetak sebanyak lapan juta naskhah di seluruh dunia, akan disalurkan kepada Kumpulan Peringkat Tertinggi Kanak-Kanak (CHLG), sebuah badan kebajikan bagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan di Eropah Timur yang diasaskan secara bersama oleh Rowling.

"Kami tidak menjangka angka jualannya boleh mencapai jumlah begitu tinggi dalam minggu pertama saja," kata Richard Alderslade, ketua eksekutif CHLG.

Beedle the Bard adalah koleksi lima cerita dongeng dan disebut di dalam buku terakhir Potter, Harry Potter and the Deathly Hallows.

Pada 2007, Deathly Hallows menjadi buku paling laris dengan jualan dalam di Amerika Syarikat saja mencapai 8.3 juta naskhah dalam tempoh 24 jam.

Buku Harry Potter berjaya mencecah 400 juta naskhah di seluruh dunia dan diterjemahkan kepada 67 bahasa.

Rowling adalah penulis buku paling kaya di dunia. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan