2+4 hrs...Twogether Fourever

/

YouTube cipta sejarah baru


DEEJAY terkenal, Jesse BoyToy Lozano melakukan siaran secara langsung menerusi YouTube dari dalam sebuah pesawat Virgin America kelmarin.

WASHINGTON - Laman web perkongsian video YouTube buat kali pertama menyiarkan secara langsung acara meriah melibatkan konsert diselang-seli dengan beraneka hiburan yang mendapat sambutan berbeza-beza di kalangan penonton.

Siaran langsung selama dua jam kelmarin itu menampilkan barisan penyanyi kurang ternama, sejumlah penari dan dua penulis laman blog iaitu Brian Lam dan Ryan Block yang melonjak popular menerusi penulisan mereka di YouTube.

Selain itu, sebuah pesawat Airbus A320 milik syarikat Virgin America turut terlibat dalam mencita sejarah YouTube.

Keadaan itu berlaku kerana terdapat pancaran siaran langsung video pertama dari dalam pesawat itu ke Bumi.

Penerbangan khas itu diadakan sempena pelancaran perkhidmatan internet dalam pesawat pertama dunia oleh Virgin America yang dikenali sebagai Gogo Gogo In-Flight Internet.

Bagi memastikan kesinambungan siaran langsung itu lancar dan tidak membosankan, YouTube mengupah deejay radio popular di Los Angeles Jesse 'BoyToy' Lozano yang bertindak sebagai pengacara dari dalam pesawat tersebut.

Turut sama dalam penerbangan itu ialah pelakon siri komedi televisyen popular 30 Rock, Katrina Bowden dan Keith Powell yang ditemani sejumlah penulis blog dan selebriti lain.


KATRINA (kiri) dan Powell turut menyertai penerbangan Virgin America yang menyediakan kemudahan mengakses YouTube dari ruang angkasa San Francisco.


Pertunjukan itu membuka tirai dengan aksi 'panas' Katy Perry ketika menyanyikan lagunya Hot and Cold tetapi mencetuskan reaksi bercampur-campur di kalangan penonton.

"Ia Menakjubkan! YouTube Terhebat!!!!!" kata seorang pengguna YouTube, lightmaniac1901.

"Teruskan YouTube!," kata seorang lagi pengguna internet, 4yall yang bersetuju dengan komen sebelumnya.

"Boleh sesiapa memberitahu bahawa konsert itu teruk?," balas tobyw87.

"Siapakah mereka ini?" soal hersheyxOxO ketika seorang lagi penyanyi kurang ternama beraksi di pentas.

Sesetengah pengguna internet turut mengadu bahawa siaran langsung itu mengambil masa agak lama untuk dimuat turun menyebabkan mereka dilanda kebosanan.

Berlangsung di San Francisco, acara hiburan tersebut dilihat pada ketinggian 11,000 meter dan disaksikan oleh berjuta-juta orang di sekitar lokasi berkenaan manakala puluhan juta yang lain pula menontonnya secara dalam talian.


Bagaimanapun, ramai yang terhibur dengan persembahan mantap pemain gitar legenda Joe Satriani yang bergandingan dengan Funtwo , pemain gitar sensasi yang melonjak naik sejak rakaman persembahannya tersiar di YouTube pada 2006.

Turut tampil beraksi ialah kumpulan dari Australia Sick Puppies yang mengadakan persembahan sambil seorang lelaki Juan Mann, memberikan pelukan percuma kepada penonton.

Lelaki itu mencipta sensasi apabila menghantar rakaman kempen khidmat pelukan percuma kepada orang tidak dikenali menerusi laman web ehugscampaign.

Selain persembahan hiburan, YouTube turut mengenang peranan yang dimainkannya dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini apabila ia dijadikan pentas popular untuk berkempen dan turut bersama menyiarkan debat menerusi kerjasama dengan rangkaian media CNN.

Namun, tumpuan acara hiburan itu ialah pemuzik yang menggondol anugerah Grammy iaitu will.i.am daripada kumpulan hip hop Black-Eyed Grammy.

Lagu kumpulan tersebut bertajuk Yes We Can yang merupakan satu penghormatan untuk bakal Presiden AS, Barack Obama telah ditonton hampir 14 juta kali di YouTube. Selain selebriti, turut muncul di pentas ialah Datuk Bandar San Francisco, Gavin Newsom manakala Permaisuri Rania dari Jordan pula muncul dalam satu rakaman ucapan video kerana menerima Anugerah Visi YouTube yang pertama.



DUA blogger iaitu Lam (kiri) dan Block (kanan) turut mencuba kemudahan mengakses YouTube dari dalam pesawat Virgin America di ruang angkasa San Francisco kelmarin.


Permaisuri Rania, isteri kepada Raja Abdullah II melancarkan saluran YouTube sendiri pada April lepas bertujuan untuk mendekatkan dunia Islam kepada Barat.

YouTube pertama kali berkecimpung dalam siaran langsung apabila laman web itu cuba mengaut keuntungan di atas popularitinya dengan membenarkan pengiklan menaja klip video dan perkataan-perkataan utama yang digunakan dalam halaman pencarian di laman web tersebut.

Google membeli YouTube pada harga AS$1.65 bilion (RM5.8 bilion) dua tahun lalu tetapi ia beransur-ansur mengkomersialkan laman web itu ekoran bimbang peminat-peminatnya akan bertukar ke laman web perkongsian video yang lain. - Agensi
'Api' Harjan Milosevic , Jumaat, November 28, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog