
LONDON: Sekumpulan penyelidik Universiti Oxford mengumpulkan senarai aneh - kata-kata yang disifatkan sebagai paling tidak disenangi di Britain.
Daily Telegraph melaporkan semalam, ungkapan yang paling dibenci ramai adalah at the end of the day (pada kesudahannya) dan disusuli fairly unique (agak unik).Turut tersenarai adalah penggunaan perbendaharaan kata yang salah shouldn't of berbanding shouldn't have.
Ungkapan ketiga paling dibenci adalah I personally (saya secara peribadi).
Penyelidik itu mengumpulkan senarai itu bagi memantau penggunaan ungkapan kata-kata dalam pangkalan data dikenali Oxford University Corpus yang berasaskan buku, akhbar, majalah, program penyiaran dan internet.
Penulis hasil kajian, Jeremy Butterfield berkata ramai meluat dengan penggunaan ungkapan secara keterlaluan yang diselitkan sebagai perkataan yang kerap diucapkan di pejabat seperti 24/7 (24 jam sehari, tujuh hari seminggu ) dan synergy.
"Kita lazimnya mudah meluat dengan apa yang sering diucap berulang kali, sama ada dalam bentuk cerita dan jenaka. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan