Khamis, 13 November 2008

Tag jejak rahsia hidup salmon


POPULASI salmon masih dianggap misteri dunia sains.

WASHINGTON - Tag teknologi tinggi bakal merungkai misteri perjalanan beberapa kumpulan ikan salmon bersaiz kecil berenang di Utara dan Barat Amerika Syarikat serta Kanada.

Menurut Pengarah Eksekutif The Pacific Ocean Shelf Tracking, Jim Bolger, alat bersaiz biji almond itu dimasukkan ke dalam seribu ikan salmon kecil dan merekodkan perjalanan.

Saintis berharap tag itu dapat digunakan sepenuhnya untuk mengenal pasti trek ikan kecil yang lain dan sebahagian daripada projek 10 tahun dikenali Census of Marine Life.

Walaupun tag pernah diguna untuk menjejak salmon dewasa, tag mini itu merupakan yang pertama dipasang dan mampu mengesan salmon merentasi Pasifik sehingga Alaska. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan