
LONDON - Semakin banyak negara di dunia kini menjadikan penyebar virus HIV sebagai satu jenayah, menurut satu laporan terbaru daripada Persekutuan Perancang Keibubapaan Antarabangsa.
Beberapa pegawai kesihatan turut bimbang bahawa aliran itu akan menjejaskan usaha memerangi wabak AIDS dan mencetuskan peningkatan kes .
Secara keseluruhan, terdapat 33 juta penghidap HIV dan hampir tiga juta lagi dihidapi virus sama setiap tahun.
"Jika undang-undang ini dikuat kuasakan secara tidak sistematik maka ia akan menjejaskan kami dan kesannya adalah buruk," kata seorang pakar AIDS, Paul de Lay.
Tambahnya, undang-undang itu akan menyebabkan orang ramai dipaksa melakukan ujian menyebabkan AIDS disebarkan secara senyap-senyap.
Keadaan itu berlaku kerana terdapat sebahagian orang yang menyembunyikan status HIV mereka, kata de Lay.
Sehingga kini terdapat 58 buah negara yang mempunyai undang-undang dengan menyatakan menyebar HIV adalah satu jenayah manakala 33 lagi sedang menuju ke arah itu. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan