KUALA LUMPUR, 11 Nov - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik "O'lynn Skin Lightening Cream" dan produk pelangsing badan "Langsing Alami" kerana dikesan mengandungi racun berjadual.Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eishah A.Rahman berkata pendaftaran krim kecantikan itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan dadah (PBKD) berikutan pengesanan "Tretinoin."
Beliau berkata penggunaan produk kosmetik yang mengandungi "Tretinoin" tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan kulit menjadi hipersensitif.Eishah, dalam kenyataan hari ini, berkata produk "Langsing Alami" dikesan mengandungi racun berjadual "Sibutramine" yang boleh menyebabkan pengguna mengalami gangguan sistem kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
Beliau meminta peniaga atau sesiapa yang mempunyai stok produk itu supaya menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu dengan segera. - bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan