Rabu, 12 November 2008

Harimau bertaring panjang suka sosial


EVOLUSI ribuan tahun menyebabkan gigi harimau menjadi pendek.


LOS ANGELES - Lupakan perwatakan harimau bertaring panjang yang ganas pada zaman purba, haiwan itu sebenarnya gemar bersosial dan hidup berkeluarga seperti singa moden kini.

Smilodon yang terkenal dengan taring amat panjang mencecah 18 sentimeter dari rahang termasuk dalam keluarga singa kerana saiznya, tetapi hidup secara berasingan dengan singa lain.
Ketua pengkaji Persatuan Zoologi London, Dr Chris Carbone memberitahu, banyak fosil Smilodon ditemui mati terperangkap semasa berhijrah pada era Pleistocene akhir di California.

"Kajian ini dapat mengesahkan haiwan yang tergolong dalam jenis kucing ini suka berkumpul secara berkelompok dan bukan sekadar haiwan berdikari semata-mata," ujar Chris. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan