
WASHINGTON: Manusia mencapai tahap kemuncak kecerdikannya pada usia 39 tahun sebelum ia mulai menurun secara ketara selepas itu, menurut dakwaan satu kajian terbaru.
Saintis Universiti California, Amerika Syarikat mendakwa keadaan itu berlaku selepas tubuh kehilangan salutan lapisan lemak pada otak yang mengawal sel saraf dikenali ‘neuron’, selepas usia 40-an.
“Selaput itu bertindak seperti lapisan plastik yang melindungi kabel elektrik. Ia berperanan penting bagi melancarkan isyarat elektrik yang berlaku di sekitar otak serta tubuh,” kata hasil penyelidikan itu yang dipetik media tempatan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan