Deklarasi Sheikh Abdel Hamid yang mengetuai jawatankuasa fatwa Universiti Al-Azhar itu dilakukan selepas keputusan serupa diumumkan oleh pemimpin agama Arab Saudi dan Turki.
"Seorang isteri berhak untuk memukul suaminya bagi mempertahankan diri," kata Sheikh Abdel Hamid."Setiap individu berhak untuk mempertahankan diri sama ada lelaki atau wanita kerana semua manusia adalah sama di sisi Tuhan," tambahnya.
Beberapa hari lepas, seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Abdel Mohsen al-Abyakan menyatakan bahawa seorang isteri boleh menggunakan kekerasan seperti dilakukan suaminya sama ada lelaki itu menggunakan tali pinggang atau kabel, lapor akhbar berkenaan.
Seorang ulama Turki, Sheikh Fathallah Julun pula memutuskan lebih jauh apabila menyatakan seorang wanita sepatutnya membalas keganasan itu dengan balasan berganda.
"Seorang isteri sepatutnya membalas dengan dua pukulan bagi setiap pukulan yang diterima," akhbar berkenaan memetik beliau sebagai berkata. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan