
LONDON: Orang ramai digalak memperbaiki basikal jika ingin kekal muda kerana ia antara perkara disebut saintis dalam senarai lima kegiatan harian yang boleh membendung kesan penuaan.
Aktiviti lain yang boleh melambatkan penuaan ialah aktif acara berkumpulan yang melakukan kerja kebajikan, perhatikan perkara baik di sekeliling serta mempelajari perkara baru.
Saintis percaya, melakukan lima aktiviti itu setiap hari membantu menghalang penurunan kognitif berdasarkan idea memakan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayur segar untuk mengelak penyakit jantung dan barah.
Oleh itu, penyelidik mengenal pasti aktiviti harian mudah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kesihatan mental.
Cadangan itu sebahagian daripada siasatan lebih meluas dalam mempromosikan sumber mental ketika jumlah penduduk tua iaitu penduduk berusia 65 tahun ke atas dijangka meningkat dua kali ganda. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan