Selasa, 2 September 2008

Wanita miskin kurang susukan bayi

CANBERRA: Wanita miskin didapati kurang menyusukan bayi mereka berbanding sedekad lalu, yang meningkatkan kemungkinan anak masing-masing jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, menurut kajian baru.

Penilaian berskala besar mengenai tinjauan kesihatan kebangsaan mendedahkan tiada perubahan dalam bilangan keseluruhan ibu yang menyusukan bayi mereka sejak dekad lalu.

Bagaimanapun, penyelidik Melbourne yang menjalankan kajian dan hasilnya disiarkan dalam Jurnal Perubatan Australia, berkata perangkaan menunjukkan jurang perbezaan yang semakin ketara antara golongan kaya dan miskin negara itu.

Bayi yang dilahirkan dalam kumpulan sosio-ekonomi paling tinggi berkemungkinan besar disusukan oleh ibu masing-masing berbanding tahun sebelumnya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan