“Jika anda tidak mahu satu lagi rawatan jantung selama sekurang-kurangnya satu dekad, anda patut memilih pembedahan,” kata Dr Heinz Drexel, profesor perubatan di Universiti Innsbruck di Austria dan jurucakap Persatuan Kardiologi Eropah.
MUNICH: Kajian menunjukkan bahawa pesakit jantung yang menjalani prosedur angioplasti mempunyai kemungkinan mengulangi prosedur itu dalam tempoh setahun berbanding pembedahan pintasan.
Apabila pembuluh darah menjadi tersumbat, doktor mempunyai dua pilihan. Secara tradisi, mereka melakukan pembedahan pintasan, yang mengalihkan perjalanan darah daripada pembuluh tersumbat ke pembuluh darah lain.
Tapi sejak akhir-akhir ini, kaedah angioplasti menjadi semakin popular. Prosedur itu tidak membabitkan pembedahan terbuka.
Dalam kajian pesakit yang melakukan angioplasti, hampir 14 peratus memerlukan satu lagi prosedur selepas setahun, berbanding kira-kira enam peratus bagi pesakit pembedahan.
Kajian yang dihasilkan oleh Jurnal Perubatan New England mendapati pembedahan pintasan adalah pilihan terbaik pesakit jantung yang mempunyai lebih daripada satu pembuluh darah tersumbat. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan