KUALA LUMPUR - Majlis Raja-Raja mengisytiharkan tarikh melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Isnin, 29 September ini bersamaan 29 Ramadan 1429 Hijrah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Pada malam itu juga, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa yang telah ditetapkan melalui radio dan televisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan