
CANBERRA: Pasangan Australia adalah antara paling setia di dunia, menurut perangkaan baru hubungan cinta yang menunjukkan cuma tiga peratus curang terhadap orang tersayang tahun lalu.
Namun, penyelidik seks lain mempertikaikan perangkaan itu dan meletakkan hampir 60 peratus pasangan pernah curang.
Tinjauan telefon ke atas kira-kira 6,500 penduduk dewasa Australia mendapati cuma satu peratus wanita dan empat peratus lelaki dalam hubungan intim mengadakan hubungan seks dengan orang lain tahun lalu.
“Rakyat Australia mempunyai komitmen tinggi dalam hubungan dan antara terbaik di dunia. Ia menunjukkan rakyat negara itu konsisten kerana mengamalkan apa yang mereka katakan. Mereka mengatakan seks di luar hubungan adalah salah dan itu yang mereka lakukan,” kata penyelidik seks di Universiti New South Wales, Dr Juliet Richters. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan