
Kapal angkasa itu dilancarkan pada pukul 9 malam (sama waktu dengan Malaysia) yang disiarkan secara langsung oleh televisyen negara itu.
Presiden China yang juga Ketua Parti Komunis China Jintao turut berada di tapak pelancaran bagi meraikan angkasawan-angkasawan itu sebelum mereka berlepas bersama kapal angkasa tersebut.
Ia merupakan misi angkasawan ketiga China ke angkasa lepas, sejak Oktober 2003.
Sejak itu, China menyertai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) dalam kelompok tiga negara elit yang menghantar manusia ke ruang angkasa.
Salah seorang angkasawan tersebut dijadual akan berjalan di ruang angkasa, aksi julung-julung kali seumpama itu, bagi angkasawan China, yang dijangka dilakukan esok. – Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan