Produk berkenaan ialah chocolate coated wafer (Passion), oreo white chocolate wafer stick (Kraft), Mini cornetto chocomint and tiramisu flavoured (Wall's), Moo Soft Cookie Sandwich (Wall's), susu tepung 123 Honey (Dutch Lady), susu berperisa strawberry (Dutch Lady) dan susu tepung rumusan bayi (Frisolac).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata sehingga semalam sebanyak 574 produk makanan keluaran 25 syarikat sudah disahkan tidak tercemar dengan melamine.
"Ketika ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sudah menyita 132 produk makanan yang disyaki bernilai RM18,335 untuk diuji bagi mengesan sebarang pencemaran melamin atau bahan berbahaya lain.
"Walaupun mendapat jaminan dari pihak industri bahawa produk makanan itu tidak mengandungi susu yang diperoleh dari China, proses analisis perlu dilaksanakan bagi memastikan ia mematuhi piawaian ditetapkan sebelum dibenarkan untuk dijual di pasaran," katanya pada sidang media khas mengenai perkembangan terkini produk makanan mengandungi melamin dari China dan status terkini penyakit demam denggi dan chikungunya di sini, semalam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan berhati-hati dengan pemberian hamper yang mengandungi produk dari China secara percuma dengan membaca label makanan yang tertera.Orang ramai yang meragui kandungan berkenaan diminta menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833 655/03-88833 503/88833 652/88833 500 mulai jam 8 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum atau mendapatkan maklumat terkini di laman web http://fsq.moh.gov.my. - bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan