
BEIJING - Tiga angkasawan China semalam selamat mendarat ke Bumi selepas mengharungi perjalanan selama 68 jam.
Kapsul Shenzhou-7 yang membawa mereka mendarat di Inner Mongolia dan beberapa doktor memeriksa ketiga-tiga angkasawan itu.
Misi itu mencipta sejarah kerana seorang angkasawan China berjaya berjalan di angkasa lepas.
Zhai Zhigang merupakan angkasawan pertama muncul di depan orang ramai dan dia disambut dengan beberapa jambangan bunga dan tepukan.
Perdana Menteri, Wen Jiabao menyatakan bahawa ketiga-tiga angkasawan itu merupakan wira dan usaha-usaha mereka meletakkan China sebagai antara tiga negara utama yang berjaya meneroka angkasa lepas.
"Misi itu cemerlang dan penuh dengan cabaran tetapi keputusannya adalah sempurna.
"Saya berasa bangga dengan negara saya," kata Zhigang kepada seorang kakitangan sebuah stesen televisyen di lokasi pendaratan.
Dua lagi yang menaiki kapsul itu adalah Jing Haipeng dan Liu Boming. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan