Ahad, 24 Ogos 2008

Thailand pertikai laporan Forbes

BANGKOK: Thailand berkata laporan majalah Forbes yang menyebut raja Thailand termasuk dalam senarai raja paling kaya di dunia adalah 'tidak tepat dan tidak konsisten' kerana ia memasukkan pemilikan hartanah besar-besaran monarki itu sebagai sebahagian jumlah bersih kekayaannya.

Rabu lalu, Forbes meletakkan Raja Bhumibol Adulyadej pada senarai teratas kerabat diraja paling kaya dengan harta berjumlah AS$35 bilion (RM117 juta). Beliau mengambil tempat pertama itu daripada Sultan Brunei yang mana kekayaan berjumlah AS$20 bilion (RM67 bilion) semakin berkurangan di tengah penyusutan pengeluaran hasil minyak negara berkenaan.

Namun Kementerian Luar dalam kenyataan kelmarin mempertikaikan pengiraan kekayaan terbabit. Ia menyatakan laporan itu salah kerana memasukkan hartanah dan aset lain "milik Biro Hartanah Diraja yang bukan sebahagian kekayaan bersih raja itu."

"Biro Hartanah Diraja menjelaskan bahawa laporan itu tidak tepat dan tidak konsisten," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Biro Hartanah Diraja yang menguruskan kekayaan golongan raja, mempunyai pemilikan hartanah meluas di negara itu dan satu daripada pemilik hartanah terbesar di Bangkok.


Laporan Forbes mengecewakan rakyat Thailand yang secara keseluruhan menyanjungi raja itu. Bhumibol meraikan ulang tahun ke-80 Disember ini dan menjadi raja paling lama memerintah di dunia. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan