
Sehingga kini tiga pembedahan pemindahan separuh muka berjaya dilakukan dan pakar yang menjalankan prosedur itu berkata, teknik yang mereka gunakan adalah berkesan.
Bagaimanapun, kajian tersebut yang disiarkan semalam dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet menjelaskan bahawa masih banyak kajian yang perlu dilakukan kerana terdapat beberapa komplikasi daripada pembedahan itu.
"Pembedahan pemindahan muka boleh menjadi sesuatu yang biasa seperti pemindahan buah pinggang atau hati satu hari nanti," kata seorang pakar pembedahan plastik, Laurent Lantieri dari Hospital Henri Mondor-Albert Chenevier di Perancis.
Lantieri merupakan salah seorang doktor pakar yang terlibat dalam pembedahan ke atas seorang lelaki yang mengalami satu penyakit genetik sehingga mengakibatkan wajahnya menjadi hodoh.
Dalam jurnal perubatan itu, Lantieri dan pasukannya melaporkan perkembangan kesihatan pesakit mereka setahun selepas menjalani pembedahan pemindahan muka.

Pasukan doktor daripada China juga melaporkan keadaan seorang pesakit mereka yang menjalani pembedahan pemindahan muka dua tahun yang lalu.
Pada tahun lalu, Lantieri dan pasukan perubatannya membuat pembedahan pemindahan wajah terhadap seorang lelaki berumur 29 tahun yang mengalami ketumbuhan sehingga menyebabkan mukanya kelihatan seperti raksasa.
Selepas menjalani pembedahan, lelaki itu mempunyai pipi, hidung dan mulut yang baru yang diberikan oleh seorang penderma.
Enam bulan selepas menjalani pembedahan rumit itu, lelaki tersebut kini boleh tersenyum dan mengelipkan matanya.
Satu pasukan perubatan di China pula membuat pembedahan pemindahan muka terhadap seorang lelaki yang kehilangan sebahagian mukanya selepas diserang oleh seekor beruang.
Melalui pembedahan itu, pesakit tersebut kini mempunyai hidung, bibir dan pipi yang baru daripada seorang penderma.
Selepas beberapa bulan, pesakit yang berasal dari wilayah Yunnan itu boleh makan, minum dan bercakap secara normal.
Bagaimanapun, dalam kedua-dua kes, kedua-dua wajah pesakit menolak tisu baru lebih daripada sekali.
Namun, masalah itu dapat diatasi dengan meneruskan pengambilan ubat-ubatan oleh pesakit berkenaan.
Pesakit daripada Perancis kini terpaksa mengambil tiga pil sehari untuk mengelak penolakan tisu daripada berlaku.
Bagaimanapun, sebilangan pakar berpendapat halangan utama dalam pembedahan pemindahan muka bukanlah dari faktor saintifik tetapi daripada penerimaan sosial.
"Apabila pembedahan pemindahan buah pinggang baru diperkenalkan, ramai orang keberatan untuk menjadi penderma kerana isu budaya, sosial dan agama," kata seorang pakar pembedahan plastik, Bohdan Pomahac dari Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya, ramai pakar merancang untuk melakukan lebih banyak pembedahan pemindahan muka tetapi menghadapi masalah mencari penderma.
"Persoalannya sekarang, adakah anda mahu jadi penderma atau adakah anda membenarkan ahli keluarga anda mendermakan wajah mereka?
"Jawapan daripada persoalan itulah yang harus kita ubah terlebih dahulu," jelasnya. - AP
Ahad, Ogos 24, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Revolusi pemindahan muka silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "