Kenyataan itu dibuat ketika agensi membasmi kemiskinan dunia itu mengubah ukuran kadar kemiskinan daripada pendapatan serendah AS$1.25 (RM4.23) sehari kepada AS$1 (RM3.38) sehari.
Menurut Bank Dunia, terdapat 1.4 bilion penduduk atau satu perempat rakyat di negara membangun, hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan kurang AS$1.25 (RM4.23) sehari pada 2005.
Sebelum ini Bank Dunia menyatakan terdapat satu bilion penduduk dunia hidup dengan pendapatan sebanyak AS$1 (RM3.38) sehari pada 2004.
Anggaran terbaru itu dibuat berdasarkan data harga global yang telah dikemas kini dan kajian semula garis kemiskinan menunjukkan kos sara hidup di negara-negara membangun adalah lebih tinggi daripada yang disangkakan.
Data diperoleh daripada tinjauan rumah ke rumah melibatkan 116 negara.
"Ia adalah satu kemajuan dalam pengukuran garis kemiskinan kerana dibuat berdasarkan data harga yang lebih baik bagi memastikan garis kemiskinan dapat dibandingkan antara negara.
"Data daripada tinjauan juga dapat menambah maklumat daripada segi purata kos hidup, akses data dan garis masa sesebuah negara," kata Pengarah Kumpulan Pembangunan Penyelidikan Bank Dunia, Martin Ravallion.
Ketua Ekonomi Bank Dunia, Justin Lin berpendapat, walaupun bilangan penduduk miskin di negara membangun lebih ramai daripada apa yang diketahui, agensi itu dijangka dapat mencapai sasaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengurangkan separuh daripada jumlah itu menjelang 2015. - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan